BAB 4

Romance Completed 9312

“Engkau ni Aiman. Kenapa tak pergi jumpa dia aje. Kalau kau pergi jumpa dia dah lama benda ni settle tau. Tak payah susah-susah aku kena temankan kau beli semua kad-kad ni.” Zakri yang sedari tadi menemani Aiman memilih kad mula meluahkan pendapatnya.

“Bukan aku tak nak jumpa dengan dia. Tapi belum tiba masanya lagi. Kalau aku dah sampai masa yang sesuai aku pergilah jumpa dia. Dan kau pun tak payah lagi susah-susah temankan aku. Okey.” Balas Aiman sambil tersenyum.

“Banyaklah kau punya masa. Kena sambar dengan orang lain baru kau tahu. Waktu tu baru kau tahu yang kau tu dah kesuntukan masa. Baru padan dengan muka kau.”

Tergelak Aiman melihat gelagat kawannya yang seorang itu. Berleter mengalahkan mak nenek.

Pada masa yang sama, Alisya baru sahaja memasuki kedai itu. Pantas kakinya melangkah ke arah rak yang menempatkan pelbagai jenis alat tulis. Sebaik sahaja tiba di hadapan rak tersebut, matanya terus meliar mencari pen yang dikehendakinya.

Dalam masa dia asyik mencari, sebatang pen berjaya menarik perhatiannya. Mujur ada satu lagi. Bisiknya di dalam hati.

Lantas tangan kanannya terus diangkat untuk mengambil pen itu. Sebaik sahaja Alisya memegang pen itu, ada jari lain turut memegangnya. Serentak. Kedua-dua insan tersebut saling berpandangan. Ada riak terkejut yang terpancar pada wajah mereka.

“Emm.. Maaf. Saya rasa, saya yang pegang pen ni dulu.” Alisya berkata sambil memaniskan mukanya.

Lelaki yang turut memegang pen tersebut tersenyum memandangnya. Rimas Alisya dibuatnya.

“Awak dengar tak saya cakap ni. Pen ni saya punya lah.” Alisya semakin geram dengan gelagat lelaki di hadapannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience