BAB 3

Romance Completed 9312

“Putri. Janganlah tinggalkan Aiman. Nanti dengan siapa Aiman nak main. Siapa akan naik basikal dengan Aiman kalau Putri tak ada.” Rayu Aiman sambil memegang tangan Alisya.

Dia berasa sedih sekali kerana kawan yang selalu bermain dengannya akan berpindah seterusnya berpisah jauh daripadanya. Semakin erat genggaman tangannya itu. Namun gadis kecil itu tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Hanya esakan yang keluar dari bibir comel miliknya.

“Lisya. Ingat Aiman selalu ya. Jangan lupakan Aiman dan juga Blue Bird tau.” Akhirnya dengan linangan air mata dia melihat kereta yang dinaiki oleh Alisya bergerak semakin jauh meninggalkannya.

Aiman merenung potret dua kanak-kanak yang terkurung di dalam frame gambar di tangannya.

“Putri. Aiman rindukan Putri. Biarlah sejuta tahun pun berlalu. Aiman tak akan lupakan Putri.” Bicara Aiman sendirian. Namun ada segaris senyuman di akhir kata-katanya.

*****

Seperti biasa selepas habis kuliah, Alisya dan Farhana terus melangkah ke cafeteria untuk menjamu perut mereka yang sedari tadi berlagu riang.

“Cepatlah sikit Lisya. Aku lapar sangat dah ni. Dari pagi aku belum makan tau.” Farhana pantas menarik tangan Alisya sambil mempercepatkan langkahnya.

“Kau ni An. Tak boleh nak sabar sikit ke? Kalau jatuh nanti macam mana? Tak kecoh satu U ni nanti.” Farhana hanya tersengeh-sengeh mendengar kata-kata kawannya itu.

“Emm.. Sorrylah Lisya.” Alisya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“An. Lepas makan nanti temankan aku pergi kedai Alaf Baru boleh tak?” Ajak Alisya sebaik sahaja mereka selesai membeli makanan tengah hari itu.

“Sekali lagi aku nak mintak maaf kat kau. Kenapa tak cakap semalam. Baru tadi Hafiz call aku. Dia ajak tengok wayang lah. Sorry ya Lisya.”

“Oh ya ke? Jadi aku kena pergi soranglah ni?” Farhana hanya mengangguk kepalanya bagi mengiakan kata-kata temannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience