BAB 2

Romance Completed 9312

“Cewah. Hadirmu dikala aku kesunyian konon. Siapa hantar ni Lisya.” Soal Farhana sebaik habis membaca isi kad tersebut.

“Itulah. Kalau aku tahu tak lah aku tergaru-garu kepala aku ni. Dan kalau dia nak tulis nama dia sampai tujuh keturunan pun aku tak kisah. Ini tak dia ingat aku ni penyiasat persendirian ke? Dia tulis AA je. Entah-entah nama dia AA bin BB kut.” Berderai ketawa Alisya dan Farhana sehingga berair mata mereka berdua.

“Secret admire kau kut. Bukan aku tak tahu kau tu. Peminat keliling pinggang. Tapi satu pun kau tak layan. Eh Lisya. Apa kata kau layan aje mamat jiwang karat ni. Bila lagi kan?” Kata Farhana sebaik sahaja mereka berhenti ketawa.

“Eh An. Kau nak suruh aku layan AA ni? Tolong sikit. Bukan stail aku tau layan-layan jantan ni. Senang-senang kau jelah yang ambil si AA ni. Nak tak?”

“Oi Cik Lisya. Senangnya kau cakap. Tunang aku tu aku nak letak mana? Kalau dia tahu aku ada balak lain boleh masuk Tampoi tau buah hati aku tu. Aku tak nak ambil risiko.”

“Alah. Tak nak sudah. Aku tahulah kau tu sayang gila kat si Hafiz kau tu.”

“Tahu tak apa. Sekurang-kurangnya aku pun tahu dia sayangkan aku jugak. Kau tu Lisya. Aku cabar kau cari siapa AA ni.”

“Kau pun sama macam AA nilah. Ingat aku ni penyiasat ke?”

Namun akhirnya Alisya kembali merenung kad yang telah kembali ke tangannya. Sesekali dia menggosok kad itu. Tidak mahu lagi dia terus berbicara tentang hal itu. Kerana hatinya dalam diam telah lama dihuni oleh insan yang sudah 13 tahun tidak dijumpainya.

Akhirnya sekali lagi dia tersenyum sendiri apabila mengingati kenangannya sewaktu kecil. Indah sekali waktu itu. Dunia seakan-akan berhenti berputar. Alisya terfikir sendiri. Kalaulah masa itu boleh di putar semula.

Alangkah indahnya dunia. Dia tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience