BAB 8

Romance Completed 9312

“Kalau macam tu. Sayang jangan tinggalkan Aiman lagi tau. Penat lah nak cari puteri Aiman yang cantik ni.”

“Iyalah tu. Hari tu masa kat kedai, kenapa tak beritahu yang awak tu Aiman. Kan senang. Ini tak, buat macam tak kenal pulak. Dah la buat orang peluh satu badan. Tapi kalau Putri tak kenal Aiman pun bukannya salah Putri. Tapi salah Aiman. Kenapa tak tegur Putri. Nak buat surprise konon.”

“Alah. Sorry okey. Aiman tak sengaja lah. Tapi seronok jugak tengok Putri menggelabah macam tu. Cute sangat Aiman tengok.”

“Seronok? Hah ni seronok.” Jari runcingnya terus mencubit lengan Aiman. Terjerit lelaki itu dibuatnya. Namun Aiman kembali tersenyum apabila melihat wajah Alisya yang tertunduk malu itu.

“Jom tengok wayang nak tak?” Ajak Aiman selepas menjeling jam tangannya. Alang-alang terlewat baik ponteng terus. Bisik lelaki itu di dalam hatinya.

“Aiman tak ada kuliah ke hari ni? Nak ponteng kuliah ye?” Alisya cuba menduga.

“Eleh. Cakap orang. Putri tu. Macam Aiman tak tahu. Aiman tahulah jadual Putri.” Akhirnya Alisya tersenyum apabila tuduhannya mengenai batang hidung sendiri. Namun dia bangga mempunyai kekasih seperti Aiman. Apa tidaknya sampai jadual hariannya pun lelaki itu hafal. Alisya tergelak di dalam hati.

“Jomlah sayang.” Ajak Aiman sekali lagi.

“Pergi mana?”

“La.. Tengok wayang lah.”

“Oh. Ingatkan pergi bintang tadi.” Akhirnya Putri tersenyum bahagia. Berjumpa juga dia dengan cinta sejatinya. Syukur Ya Allah. Doanya di lubuk hatinya.

“Aiman. Apa yang Aiman tulis dalam kad tu ye?” Alisya menuding jarinya ke arah kad yang masih terselit di Cermin keretanya. Aiman akhirnya tersenyum.

“Aiman tulis Aiman akan jaga Putri sampai akhir hayat Aiman. Dan Putri akan terus bertahta di hati ini selama-lamanya.”

Dia membawa kedua-dua tangan gadis itu ke dadanya yang bidang. Biar gadis itu tahu yang dirinya sangat mencintainya. Alisya tersenyum puasa mendengar penjelasan Aiman.

“I love you, Aiman” Ucap gadis itu lembut.

“Tak payah cakap. Aiman dah tahu cinta Putri pun hanya untuk Aiman je.”

Mereka akhirnya meninggalkan tempat letak kereta yang menjadi saksi cinta mereka. Kehadiran cinta tanpa di duga telah membawa mereka ke gerbang bahagia.

Bahagia yang akan kekal selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience