BAB 6
“ Tahniah!!” jeritan kawan sekelas ku buat aku dan Siti terkejut beruk. Mana tak nya. Sedap-sedap berjalan, lepas tu tak sampai nak masuk tiba-tiba ada orang menjerit. Memang terkejutlah. Gila betul mereka ni.
“ Tahniah Rin.” Ucap Zatul.
“ Terima kasih. Macam mana korang boleh tahu ni.” Ujarku.
“ Adalah.” Aku dan Siti hanya menjongket bahu.
“ Kau boleh sangka tak , boleh menang?” soal Zatul lagi.
“ Entahlah. Aku bagai di awangan, tak sangka aku boleh menang.” Berpantun lah pula. Haha…
“ Eleh.. lepas menang terus berpantun. Kah…kah..kah..” aku hanya tersengih.
“ Rin. Tahniah.” Ucap Zimi pula. Aku hanya tersenyum. Kawan lelaki sekelas aku ni kan…kebanyakan baik-baik belaka. Aku pun tak rapat sangat dengan mereka. Lagipun bukan muhrim kan.
“ Petang ni kita keluar nak?” cadang Zatul.
“ Ke mana?” soal Siti.
“ ke megamall. Kita jalan-jalan sambil tu kita belanja Rin sebab menang. Nak?” aku tersenyum girang.
“ Are you sure? Mahu belanja aku?” soalku dengan ceria.
“ Aku serius lah. Tapi tak taw lah kalau kawan kita yang lain.”
“ Korang memang kawan aku yang baik lah. Hehe…soal kenderaan korang jangan risau. Nanti aku suruh mama aku hantar. Boleh?” cadangku pula.
“ No problem…” ujar Zatul,Siti dan kawan aku yang lain serentak. Antaranya Aina dan Ika.
Baguslah. Korang ni memang kawan akulah. Tak sangka aku. Heheh…
Share this novel