Chapter 5

Romance Completed 19311

BAB 5

Gementar. Takut. Gelisah. Risau. Macam-macam perasaan ada dekat aku ketika ini. Yalah sebentar je lagi aku akan di bawa ke sekolah lain untuk berlawan dalam pertandingan berbalas pantun itu. Ya Allah bantulah ku di saat aku susah untuk menjawab dan membalas pantun tu nanti. Huhu…

Ya Allah. Ramainya orang. 10 buah sekolah. Wakil sekolah dalam 5 orang. Aku, adik form 4, kakak form 6, dan dua orang adik form 3. Merekalah yang wakil sekolah termasuk aku. Aku tengok latihan mereka boleh tahan juga dari aku ni. Takutnya hanya Allah saja yang tahu.

“ Kau sudah bersedia?” soal Siti. Aku hanya mengangguk.

“ Ok pelajar. Selepas ini giliran kamu. Cikgu harap kamu dapat buat yang terbaik. Tak menang pun tak apa aslkan kamu sudah buat yang terbaik.” Sokong cikgu Mira. Kami hanya mengangguk dan tersenyum.

“ Akak. Kalau adik ada buat salah, maafkan ya.” Ujarku kepada kakak form 6 itu.
“ kita sama-sama perbetulkan. Boleh?” aku mengangguk lantas tersenyum.

Sebelum masuk ke dalam dewan, aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Siti yang sentiasa menyokong buat aku lega sedikit. Cikgu yang mengharap buat kami bersemangat. Aku harap dapat buat yang terbaik. Amin…

“ Dipersilakan pelajar dari SMKSRI MUDA dari Penaga.” Kami pun masuk apabila di panggil juruacara.

Aku mengambil tempat di hujung sekali. Taklah rasa gugup sangat nanti.lawan kami adalah sekolah MRSMSKB. Mereka aku rasa hebat juga.

“ Baiklah sudah sedia?” kami semua hanya mengangguk.

“ Baiklah. Kita mulakan dengan pantun ini. Selepas itu kita mulakan dari  sekolah Penaga.” Aku sudah bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience