Chapter 4

Romance Completed 19311

BAB 4

Suasana di mall masa itu sungguh riuh. Orang terlalu ramai. Biasalah hari minggu macam ni. Ramai orang akan datang. Begitu jugalah dengan aku. Hehe…

“ Akak… kalau nak apa-apa beritahu je. Papa belanja hari ini.” Ujar papa dan buat aku tersenyum girang.

“ Betul ni. Tak marah?” soalku kembali.

“ Betul.” Aku hanya mengangguk bersama senyuman.
Kami ambil keputusan untuk masuk dalam Jusco. Dalam tu terdapat banyak barang. Dari satu baris ke satu baris kami bergerak. Tapi aku satu apa pun tiada menarik untuk di beli.

“ Akak tak nak apa-apa?” soal mama.

“ Belum ada yang menarik perhatian akak la ma.” Ujarku sambil memaut lengan mama. Kami memang begini. Papa di belakang hanya tersenyum dan berjalan saja ke mana arah kami pergi. Macam pengawal pula. Hehe…

Sampai saja di depan buku Popular, aku tertarik untuk masuk. Jadi aku menarik mama dan papa untuk masuk ke dalam.

“ Akak nak novel boleh?” soalku kepada papa.

“ Ikut suka kamulah. Asalkan kamu gembira.” Aku tersenyum.

“ thnks pa. mama jom ikut.” Ajakku.

Kami pun berlalu ke bahagian baris yang terletaknya novel. Sampai saja di situ, aku tunggu apa lagi, terus capai dan baca synopsis dia. Mama pun turut begitu. Papa menghilang ke tingkat 2. Kami sekeluarga memang minat membaca. Aku dan mama memang sukakan novel. Mungkin aku ikut sikap mama. Hehe…

Selepas di belek-belek beberapa buah buku. Aku mengambil keputusan untuk membeli dua buah novel daripada penulis kegemaran ku. 566 Hari Mencari Cinta dari Ilya Abdullah dan Akhirnya Aku Kahwin dari Herna Diana. Penulis ni memang Awesome la….

“ Akak dah habis pilih?” soal mama. Aku hanya mengangguk.

“ Mama ambil buku apa?” soalku kembali.

“ Maaf Jika Aku Tak Sempurna dari Acik Lana. Wow ma.. novel terlaris dan best ni. Nanti akak boleh pinjam erk?” mama menjeling manja.

“ Kamu ni. Mesti lah boleh.” Aku tersengih.

Yay… novel tu best kowt… mesti layan. Mujur mama minat novel juga. Kalau tak aku tak dapat baca banyak-banyak. Heheh…

“ Macam mana?” aku dan mama menoleh apabila mendengar suara papa.

“ Sudah. Papa ambil buku apa tu?” soalku.

“ Buku cara mencipta pantun dan segalanya. Baik untuk kamu.” Aku tersenyum.

“ Wow….”

“Sudahlah. Jom kita gerak. Nanti lambat pula sampai rumah.” Aku dan mama hanya mengangguk.

Bagi aku papa dan mama memang sporting. Sangat-sangat sporting. Heheh…

Aku melihat sekeliling. Kelibat papa dan mama masih belum kelihatan. Aku sedang berada di depan kedai Popular. Tengah tunggu papa dan mama habis bayar. Lambat juga. Yelah orang ramai beratur.
Tiba-tiba aku terdengar perbualan seorang lelaki dan perempuan di belakang.

“ Awak ni kenapa?” soal lelaki sebab suara tu lelaki. Aku tak berani menoleh sebab nanti aku takut kena belasah sebab dengar perbualan orang.

“ Kenapa dengan saya? Awak tu yang salah.” Ujar si perempuan pula. Mungkin bagi membela diri.

“ Saya dah tak tahanlah dengan awak. Mujur juga saya belum sayangkan awak sepenuh hati.” tudia… kira mereka ni pasangan couple lah ni. Zaman la macam-macam.

“ Awak. Kenapa ni? Apa salah saya. Saya Cuma bercakap je dengan dia. Salah ke?”

Owh.. kes jeles lah ni.

“ Cakap apanya sampai berpegang tangan. Saya tak sangka awak macam ni. Saya ingat awak orang baik-baik. Tapi perbuatan awak tadi jelas menunjukkan awak ni perempuan murahan!”

Aku tertelan air liur. Biar betul mamat ni. Kesian perempuan tu. Siapa agaknya terdengar perbualan mereka. Aku rasa aku je.

“ Awak. Sampai hati awak cakap saya macam tu. Awak yang terima saya buat apa?”

Lorh..

“ Sebab awak yang beria-ria nak akan saya. Saya sudah cukup rimas tahu tak. Mulai hari ini dan detik ini. Saya dan awak sudah tiada apa-apa lagi hubungan. Lagipun saya nak tumpu kepada SPM. Jadi awak pergilah dekat jantan tadi tu.”

Aku melihat lelaki itu berlalu di depan aku. Rasanya nak lari dari perempuan tu.

“ Awak.. jangan lah macam ni.”

Aik? Tak malunya perempuan tu. Sampai terkejar-kejar. Tak pakai tudung rupanya. Tapi kalau dia pakai tudung lagi comel. Kesian lelaki tadi. Tapi ok juga dia putuskan hubungan. Kan dia kata nak ambil SPM. Bagus tu. Tindakan yang bagus.

Saya bangga dengan awak. Cheh.. apasal pula dengan aku ni. Hehe… tapi kenapa ya aku macam pernah Nampak muka lelaki tadi. Ah… perasaan aku je tu. Lagipun dari sisi pula aku tengokk. Mana nak cam. Hurmm..

“ Akak!” aku tersentak dan jadi terpinga-pinga.

“ Akak ni tengok apa sampai mama dan papa panggil pun tak menyut.” Ujar mama. Aku tersengih sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal.

“ Sorry. Leka sangat tadi tengok dua orang manusia.” Bela diriku. Papa dan mama hanya tergeleng-geleng.

Aku Cuma mampu tersengih. Apalah aku ni. Lain kali jangan buat macam tu dah. Buat malu je. Huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience