Chapter 7

Romance Completed 19311

BAB 7

Kini aku dan empat  orang kawan aku berada di megamall. Selepas mama ku hantar kami di sini, kami terus menuju ke KFC. Lama aku tak makan. Dan aku free lah hari ini. Sebab empat  orang kawan aku belanja. Keh..keh..keh…

“ Korang. Aku nak masuk kedai Popular lah. Korang nak ikut tak?” soalku selepas habis ronda dalam Jusco.

“ Aku nak.” Ujar Siti.

“ Kami malas lah. Kau pun tahu kami ni tak suka sangat membaca. Jadi kami ronda jelah dekat area sini. Nanti selesai, kau telefon.” Ujar Zatul.

“ Ok. No problem. See you.”

Zatul, Aina dan Ika ni sekepala. Mereka tidak berapa suka sangat membaca. Tapi mereka ni boleh tahan pandai juga. Sebab kalau dalam bab pelajaran, mereka memang focus. Aku tabik merekalah.

“ Kau nak beli apa?” suara Siti mematikan lamunanku.
“ novel. Kau?”

“ Samalah. Jom.” Kami terus gerak ke sana. Aku dan Siti sekepala juga. Yelah, kami sama-sama suka baca novel.

Kadang-kadang kami bertukar novel. Itulah paling di sukai kami.

Sedang khusyuk aku membaca, tiba-tiba aku di tolak dari belakang dan menyebabkan aku terundur ke hadapan sedikit. Mujur tak langgar rak buku.  Siti ka? Masalahnya Siti berada di hadapanku. Siapa pula ni.

Aku menoleh ke belakang. Rupanya lelaki.

“ Maaf. Saya tak sengaja. Lagipun saya terlalu khusyuk membaca sampai tak sedar ada orang di belakang. Sorry.” Ucap lelaki itu. Aku Cuma tersenyum lalu mengangguk.

Tiada apa lagi harus aku perkatakan jadi aku terus kepada pembacaanku yang tergendala tadi. Kira ok jugalah dia minta maaf. Tapi bila di fikir-fikirkan balik kenapa ya aku macam pernah jumpa dengan lelaki itu.

“ Psstt…” bisikan itu buat aku mendongak. Siti melambai tangannya dan aku mengangkat kening tanda kenapa.

“ Sini..” panggil dia dan aku menurut.
“ kau ni kenapa?” soalku.

“ Lelaki tu.” Ujar Siti lalu menujukkan siapa gerangan yang dikatakan Siti. Aku melihat ke arahnya dan ternyata lelaki yang tidak sengaja melanggar aku  tadi.

“ Kenapa?”

“ Dia yang langgar kau tadi kan?” aku hanya mengangguk.

“ So?”

“ Sebelum ni aku pernah jumpa dengan dia.” Aku tersentak . ingatkan aku je yang perasan Siti pun sama juga.

“ Cuba kau ingat balik. Aku pun rasa apa yang kau rasa.” Ujarku.

“ Kejap. Kau pergilah sambung bacaan.” Hek eleh minah ni. Takkan fikir lama sangat. Tapi tak apalah aku pun menuju ke tempat aku semula. Lelaki tadi pun aku tengok bukan main khusyuk lagi. Dan ini pertama kali aku Nampak lelaki suka baca novel. Jarang tahu nak jumpa orang lelaki yang suka membaca novel ni.

“ Maaf..” teguran seseorang itu buat aku mendongak.

“ Ya.” Ternyata lelaki tadi. Kenapa pula? Tak puas hati?

“ Saya macam pernah jumpa awak lah.” Aku tersentak. Sah memang sebelum ni aku pernah jumpa dia. Siti dan dia ni pun kata macam tu. Memang sah lagi sahih lah.

“ Tapi saya tak ingat lah di mana.” Ujarnya sambil mengurut dagu.

“ Hahh!!” suara Siti buat aku dan lelaki itu menoleh ke arahnya. Dia Cuma tersengih. Apalah minah ni. Kalau nak menjerit pun janganlah kuat sangat. Buat malu kaum Hawa je.

“ Maaf. Rin sini jap.” Panggil Siti dan aku menurut. Lelaki itu masih memerhatikan kami tapi aku tidak hiraukan.

“ Aku dah tahu di mana kau pernah jumpa dengan dia” aku teruja ingin tahu.

“ So? Where?” soalku.

“ Di sini juga. Di mega mall ini juga. Yang kaki kau sakit tu.” Aku tersentak. Biar betul. Aku jumpa lagi dengan dia.

Dan Siti buat aku teringat  lagi peristiwa itu.

“ Ya Allah…sakitnya kaki aku ni.” Aduku kepada Siti lalu terduduk. Mujurlah aku tidak berada di tengah-tengah orang ramai duk lalu lalang.

“ Eh? Kau kenapa ni?” soal Siti.

Aku bengang betul lah.

“ Siapa yang pijak kaki aku tadi ni. Tak Nampak ke atau gelong.” Luahku tidak puas hati. aku memerhati sekeliling dan ternampak seorang lelaki yang sedang melihatku.

“ Ha..mesti angkara awak kan?” soal ku kasar. Siti yang terkejut terus memandang kea rah lelaki itu.

“ Sakit ke? Maaf saya tak sengaja.” Kenyataan dari lelaki itu buat aku  bertambah bengang. Sabar Rin..sabar..

“ Tak sengaja? Takkan orang sebesar saya macam ni pun tak Nampak. Saya ni orang tahu bukannya benda kecil sampai awak tak Nampak.” Ujarku dalam nada lembut tapi penuh dengan amarah.

“ Maaf sangat. Saya terburu-buru tadi. Saya lari lepastu saya tak perasan ada awak sebab saya lari tadi tengok belakang. Jadi saya tak perasan awak. Maaf.” Jelasnya.

Aku mendengus dan dengan bantuan Siti aku bangkit semula. Sakit masa terasa. Yelah kena pijak. Sakit kowt..dah lah aku pakai kasut biasa. Macam selipar jugalah.

“ Orang lari tengok depan bukan belakang. Apalah… sudahlah… Siti jom.” Aku dengan kaki terjongket-jongket berjalan pergi. Perjalanan jadi perlahan sebab kaki aku sakit. Mujur ada Siti. Kalau tak tak tahulah.

“ Awak…” langkahku dan Siti terhenti.

“ Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Tolong maafkan saya.?” Aku memandang dia dan Siti silih ganti. Apabila Siti mengangguk aku pun mengangguk.

“ Yelah saya maafkan. Tapi tolong jangan buat lagi sama ada pada saya atau orang lain. Ingat kalau nak lari tengok depan bukan belakang.” Sempat lagi aku beri nasihat kepadanya.

“ Terima kasih. Saya akan ingat nasihat awak. Terima kasih sekali lagi. Awak memang seorang yang baik.” Aku hanya tersenyum lalu menarik Siti untuk berlalu.

Haih…nasib tak begitu baik…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience