Chapter 10

Romance Completed 19311

BAB 10

5 tahun kemudian…

Aku tersenyum saat melihat kelibat papa,mama, atok dan nenek di luar rumah. Kini aku berada di kampong menikmati cuti kerana sudah habis belajar. Atok dan nenek pun sangat gembira saat aku datang.

“ Rin… tadi ada orang telefon.” Ujar mama apabila aku duduk di sisinya.

“ Siapa ma?” soalku.

“ Kawan kamu.” Aku tersenyum.

“ Tahulah kawan tapi nama apa?”

“ Padel.” Aku tersentak. Mereka memandang ku pelik.

“ Kenapa?” soalku.

“ Dia ada kata yang dia akan datang meminang.” Beritahu papa pula dan buat aku tercengang.

Biar betul. Takkan kowt…

“ Papa tipu ni. Nak gurau dengan Rin ya..” usikku. Sebenarnya bagi menyedapkan hati yang sudah berdebar ni.

“ Papa serius Rin. Tapi baguslah kalau begitu. Tak lama lagi papa dan mama akan jadi atok dan nenek pula. Ye tak?”ujar papa dan buat mereka tertawa.

Aku mengetap gigi. Padel… kenapa kau selalu buat aku tertanya-tanya dan geram.

5 tahun sudah kau langsung tak hubungi dan kata apa-apa tentang itu. 5 tahun Padel. aku ingat kau gurau je jadi aku ambil tak kisah dan lupakan. Tapi hari ini kau muncul dengan berita yang mengejutkan.

Padel… kenapa dengan kau ni. Dan kalau aku tahu rupa kau dah lama aku pergi cari kau. Dalam hati ni tertanya-tanya. Adakah dia serius? Aku pun tak tahu dan bertambah bingung.

“ Rin naik atas dulu.” Pintaku dan berlalu naik ke atas dalam keadaan serba tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience