Chapter 2

Romance Completed 19312

BAB 2

“ kaki kau ok?” soal Siti yang merupakan kawan baik aku dari kecil lagi.

“ ok.” Balasku bersahaja.

“ kau tak marah mamat tu ke?” soal dia lagi dan buat tumpuan aku untuk membaca pun terganggu.

“ Siti. Semalam memang aku marah dan geram. Tapi selepas aku fikir-fikirkan balik kata-kata papa dan mama aku. Rasa marah dan geram itu beransur hilang. Lagipun aku kena belajar bersabar. Mungkin dia tak sengaja.” Ujarku dengan jelas.

Tak sengaja? Yelah tu. Haha…

“ baguslah. Aku suka dengan sikap kau ni. Macam nilah kawan aku.” Aku Cuma tersengih.

“ kenapa… selama ni aku bukan kawan kau ke?” soalku bernada sindir.

“ Mestilah kawan. Walau apapun yang terjadi, kau tetap kawan aku.” Aku tersenyum.

“ Rin!!” panggilan seseorang buat aku dan Siti menoleh.

“ kenapa?” soalku kepada Zatul. Bukan penyanyi mentor 6 tu ya. Hehe..

“ Cikgu panggil kau.” Aku tersentak.

“ Kenapa pula? Aku ada buat salah ke?” soalku bernada risau.

“ Haah. Kenapa?” soal Siti pula.

“ Bukanlah. Aku tak tahu. Tapi kau jangan risaulah. Kau tak ada salah.” Aku tersengih.

“ Oklah. Siti boleh ikut kan?” Zatul hanya mengangguk lalu beredar pergi.

“ Apa?” aku dan Siti hampir nak pengsan apabila mendengar kenyataan cikgu. Sungguh terkejut. Apatah lagi aku.

“ Kenapa saya pula cikgu. Kan ramai lagi orang yang berkebolehan. Saya tak lah sehebat mana.” Bela diriku.

“ Cikgu pilih kamu sebab kamu berkebolehan. Kalau orang lain cikgu tak boleh nak harap. Tapi dengan kamu cikgu jadi yakin sedikit. Kamu jangan risau yang lain itu. Itu semua cikgu akan uruskan dan tolong kamu.” Aku mengeluh dalam hati.

“ Tapi cikgu saya rasa tugasan ini sangat berat. Kalau saya tak boleh buat yang terbaik bagaimana?”

Cikgu Mira tersenyum.

“ Cikgu yakin kamu boleh buat. Percayalah. Jangan risau Siti boleh temani kamu.” Siti mengangguk lalu menepuk bahuku perlahan.

“ Yelah. Tapi kalau saya tak boleh bawa kemenangan kepada sekolah kita. Saya minta maaf ya.” Ujarku.

“ Adat perlawanan Rin. Kamu jangan risau. Asalkan kamu sudah berusaha.” Nasihat cikgu Mira bersama senyuman. Cikgu ni memang tak pernah lekang dengan senyuman.

“ Baiklah. Saya terima.” Putusku. Mereka berdua hanya tersenyum lega. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Yalah aku di pilih masuk pertandingan balas pantun tu. Dahlah aku ni kurang pandai dalam bab tu. Tapi dah cikgu pilih. So tak boleh nak buat apa dah. Aku harap boleh bawa kemenangan. Amin…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience