Bab 2 - Kebebasan Untuk Jebat

Adventure Series 477

2 Bulan sudah berlalu..

Semua penduduk kampung berbisik antara satu sama lain. Kebebasan Jebat memang mengejutkan orang ramai. Siapa sangka, selepas apa yang terjadi, Jebat masih menunjukkan muka.

" Tengok lah tu, dia jejakkan kaki ke sini tanpa perasaan malu. "

" Itu lah tu. Dia buat macam tak de apa yang berlaku. "

" Agaknya, macam mana dengan Tuah ya? "

" Aku pun tak tahu lah. Kau lupa dengan Kasturi? Kesian budak tu. Nanti mesti kena ganggu lagi dengan Jebat ni. "

" Tak mengapa.. Tuah kan ada? "

Sakit telinga apabila penduduk kampung asyik menyebut nama Tuah. Naik turun nafasnya apabila memikirkan tentang Tuah. Tiba-tiba dia terfikirkan tentang Kasturi. Sesungguhnya perasaan dia pada Kasturi tak pernah berubah. Bagaimana dengan gadis itu ya? Adakah banyak perubahan?

Laju kaki Jebat melangkah menuju ke gerai kuih milik Kasturi. Namun hampa apabila gerai itu sudah bertukar menjadi gerai air kelapa. Mana perginya gerai Kasturi sekarang? Kasturi sudah tidak berniagakah?

" Pak cik, tumpang tanya.. Mana gerai Kasturi? "

" Gerai Kasturi? Oh.. Kasturi dah tak meniaga di gerai. Dia meniaga dari rumah ke rumah. Kalau rajin, atau kuihnya masih ada, dia akan berniaga ke sini. Tetapi selalunya Tuah akan membantu Kasturi. "

" Oh, begitu.. Terima kasih. " Hatinya kembali panas apabila nama Tuah sekali lagi menerjah telinganya. Apa kaitan Kasturi dengan Tuah? Apa hubungan mereka sekarang?

" Jebat! "

" Ya, pak cik?

" Tu ha Kasturi. Hari ini mungkin giliran dia yang meniaga. "

Jebat terus melihat Kasturi dari jauh. Kasturi tetap kelihatan sama. Seperti dulu. Terubat rindunya pada Kasturi.

" Kasturi! Kasturi! "

Kasturi mencari suara yang memanggil namanya. Suara itu kedengaran seperti biasa didengari. Tetapi dia sudah lupa.

" Kasturi, sini! " suara itu muncul dari belakang.

" Argh! Je..Jebat? "

" Ya, Kasturi.. Ini Jebat. "

" Jebat sudah bebas? "

" Ya, Kasturi.. "

" Oh..Kasturi, pulang dulu ya.. " Kasturi memusingkan badannya untuk menjauhi Jebat tetapi cepat sahaja dihalang lelaki itu.

" Jebat, tolong jangan ganggu Kasturi.. "

" Kenapa? Siapa yang akan cemburu melihat Kasturi bersama Jebat? Cuba beritahu Jebat? "

" Kasturi mahu pulang. Jangan halang laluan Kasturi, tolong.. "

" Kasturi, beritahu Jebat dulu, siapa? Jebat tahu mesti ada yang.. "

" Tuah. "

" Tuah?! " hatinya semakin panas pabila nama itu disebut oleh Kasturi. Cukup lah tadi dia sakit hati kerana Kasturi tidak mahu berbual dengannya.

" Apa hubungan Tuah sama Kasturi? Beritahu Jebat sekarang! " soal Jebat sambil mencengkam bahu Kasturi.

" Tuah suami Kasturi.. Tolong, lepaskan Kasturi.. "
Terkedu Jebat apabila dia mendengar jawapan yang keluar dari mulut Kasturi. Bermakna wanita dihadapannya sekarang, isteri Tuah?

" Woi, apa kau buat dekat Kasturi ha?! " jerit Lekir. Lekiu pula datang dari belakang dan memukul kepala Jebat dari belakang.

" Wah.. Sahabat lamaku.. Lekir..Lekiu.. "

" Jebat, apa kau buat dekat Kasturi ha? Untuk pengetahuan kau, Kasturi ini isteri Tuah! " selepas habis Lekir melontarkan ayat, segelintir penduduk kampung terkejut dengan kenyataan itu.

" Ya.. Aku baru je tahu kenyataan yang satu itu. Sekarang aku nak tahu, di mana Tuah? "

" Lebih baik kau pulang ke pangkuan mak dan bapak kau la, Jebat. Mereka sudah lama merindui kau. Daripada kau sibuk mencari Tuah, lebih baik kau biarkan sahaja. Biar Tuah dan Kasturi bahagia! " ujar Lekir dengan perasaan marah.

" Tuah bahagia dan aku bagaimana? "

" Kau cari bahagia kau sendiri. Jangan ganggu Kasturi lagi. Lupakan sahaja dia. " arah Lekiu tegas. Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Lekiu. Tetapi itu mampu menggerunkan seorang Jebat. Terus Jebat meninggalkan mereka bertiga.

" LEKIR, Lekiu.. Apa kata kalau kau orang berdua pulang ke rumah dahulu? Biar Turi sahaja yang berbincang dengan Abang Tuah. "

" Tetapi, Turi.. "

" Abang Tuah sedang demam tu.. Turi tak nak Abang Tuah risau.. "

" Baik lah.. Turi janji ya cerita pada Tuah? "

" Ya, Turi janji. Tapi bukan sekarang masanya tau.. "

" Ye lah.. Kami gerak dulu ya, Turi. Assalamualaikum.. "

" Waalaikumussalam.. "

" ABANG, demam dah tu sudah surut ke belum? "

" Sudah, Turi. Abang siap main dengan Delima dan Arjuna lagi.. "

" Bagus lah kalau macam tu. "

" Esok, abang boleh tolong Turi balik kan? "

" Abang tu dah betul-betul sihatkah? Nanti tumbang di tengah jalan, macam mana? "

" Tiada hal, Kasturiku sayang.. Abang kan kuat.. "

" Ish, orang betul-betul risaukan dia, dia main-main pula. "

" Turi, mana ada abang main-main. Cuba sentuh dahi abang ni, tak panas dah kan? "

" Hmm.. Tapi.. "

" Tapi apa lagi, Turi? Banyak betul tapi keluar dari Turi hari ini. "

" Jebat dah bebas. Turi risau dia apa-apakan abang sahaja.. "

" Turi tahu Jebat dah bebas? "

" Tahu. Di tempat meniaga tadi, Turi ada nampak Jebat. "

" Jebat nampak Turi tak? "

" Nampak.. "

" Dia ada buat apa-apa kat Turi ke? "

" Jebat ada tegur Turi tadi.. Jadi, dia dah tahu Turi isteri abang lepas dia paksa Turi bagitahu perkata sebenar.. "

" Jadi, penduduk kampung dah tahu? "

" Ya, abang.. "

" Lepas ini, bagaimana? Kita masih mahu sorokkan pada penduduk kampung kah? "

" Turi tak tahu.. Turi ikut abang sahaja..

" Kalau penduduk kampung sudah tahu, apa sebab kita mahu sorok lagi bukan? "

so yang sebenarnya Kasturi isteri Tuah. Tapi, mereka sorokkan perkahwinan diorang ni sebab fitnah yang lama. enjoy your reading<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience