APA yang Jebat ni makan? Tenaganya langsung tidak berkurangan. Tetapi tenaga Tuah sudah berkurang. Malah, sudah berkali-kali keris Jebat hampir menusuknya.
" Mengalah sahaja.. Kalau boleh, aku tak mahu ada pertumpahan darah. Kalau kau yang terkorban, habis lah aku dihukum lagi. Maklum lah, kau kan pahlawan kesayangan ramai.. "
" Baik.. Aku mengalah.. Ke.. Keris ni.. Akan menjadi milik kau. " ujar Tuah yang sudah lemah.
" Tuah! " jerit Lekir, Lekiu dan Kasturi serentak. Mereka sungguh terkejut dengan apa yang dikatakan Tuah.
" Biar sajalah sahabat kau mahu menyerah.. Kau orang tak kisah kalau Si Tuah ini terbunuh disebabkan berlawan dengan aku? "
" Apa semua ni? Tak kan keris itu.. "
" Kau diam sahaja, Lekiu.. Tuah sudah menyerah kalah. Jadi, apa yang kau boleh buat? "
" Kau ni.. "
" Lekiu! Tak mengapa.. Mahu tak mahu.. Aku sudah menyerah.. "
" Abang! Keris itu, keris kesayangan abang kan? Itu hadiah dari Sultan! " jerit Kasturi.
" Tak boleh biar ni! " bisik Lekir. Dia memandang ke arah sahabatnya, Lekiu. Lekiu mengangguk tanda faham. Mereka berdua berlari sambil membawa keluar keris kepunyaan sendiri. Tuah ditolak tepi. Lekir dan Lekiu bertarung dengan Jebat tanpa menghiraukan suara Tuah yang menghalang.
Disebabkan tolakan Lekir yang kuat, Tuah terjatuh dan Keris Taming Sari menikam tanah. Keris itu terpacak di atas tanah. Kasturi pula pergi mendapatkan Tuah.
" Abang.. Bangun, bang.. "
" Turi, tolong ambilkan keris itu.. " pinta Tuah.
" Baik.. "
Tetapi, keris itu seperti sudah melekat di tempatnya. Kasturi langsung tidak boleh mengambilnya.
" Kenapa, Turi? "
" Tak tahu, abang.. Turi tak boleh ambil keris ni.. "
Baru sahaja hendak bangun mengambil kerisnya, tiba-tiba keris itu mengeluarkan satu cahaya yang terang. Sesiapa yang berada di situ, pasti akan silau.
Dan.. Pandangan mereka, terus gelap gelita.
PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka. Apabila sudah buka, terus terpacak tubuh Kasturi. Dia terkejut kerana dia bukan berada di hutan. Tempat yang dia berada sekarang, sangat asing baginya.
Dia memandang sebelahnya, Tuah masih beradu lagi. Berkerut Kasturi memandang wajah Tuah. Semalam, wajah Tuah penuh dengan luka. Tetapi sekarang, satu parut pun tiada.
Sebenarnya, berapa lama dia tertidur di sini? Sudahlah kawasannya kiri kanan bising. Banyak benda pelik baginya. Satu pokok pun tiada di sini. Yang ada, bangunan yang tingga sahaja. Manusia juga ramai, tetapi bukan orang Kampung Seri Berduri.
Pakaian mereka pula sangat lah berbeza darinya. Yang wanita ada yang tidak bertutup, ada wanita bertutup tetapi hanya paras dada. Langsung tiada kain batik di atas kepala. Tengkolok wanita juga tiada seorang pun yang pakai.
Lelaki pula, tiada seorang pun yang memakai baju melayu seperti Tuah. Baju dan seluar, berbeza warnanya.
" Abang.. Abang.. Bangun lah.. " kejut Kasturi.
Tuah menggerakkan badannya lalu perlahan-lahan matanya terbuka.
" Turi? "
" Tuah.. Kita di mana sekarang? Kenapa kampung kita nampak lain sahaja? " soal Kasturi. Tuah pula sedang melihat sekelilingnya yang ganjil itu.
" Turi, Tuah sendiri tak tahu kita di mana sekarang.. " jawab Tuah.
" Mana Lekir? Lekiu? Mereka di mana? "
Tuah membelek tubuhnya. Tiba-tiba dia tersedar. Keris Taming Sari! Hilang! Keris itu tiada bersamanya!
" Kenapa abang? "
" Kasturi, ingat tak dulu.. Semasa kita rahsiakan perkahwinan kita pada orang kampung? "
" Ingat. "
" Kita kena buat begitu semula. Kerana kita berada di tempat asing. Musuh mungkin berada di mana-mana. Abang tak nak mereka apa-apa kan Turi. Panggil abang, Tuah. Kecuali ketika kita berdua sahaja. "
" Baiklah. "
" Sekarang, kita perlu cari keris. Kalau Jebat berjaya rampas keris itu, susah kita nanti. Sultan pasti murka. "
" Kita mahu cari di mana? " soal Kasturi sambil memandang ke arah Tuah yang sudah berdiri.
" Dimana-mana sahaja! Lekas! " Tuah terus menarik tangan Kasturi untuk mengikutinya. Dia pun tidak tahu arah tujuannya.
Sampai sahaja di satu tempat, Tuah memberhentikan langkahnya. Begitu juga dengan Kasturi.
" Kenapa ni, ba.. Err Tuah? "
" Banyak sangat halangan di sini. Bagaimana kita mahu melintas ke seberang? "
" Bagaimana jika kita lalu sahaja di sana? " soal Kasturi sambil menunding jari ke arah lorong kecil yang tidak jauh dari mereka berdua.
" Betul juga.. Mari! "
Baru sahaja ingin membuka langkah, tiba ada satu suara menegur mereka.
" Akak! Abang! Boleh ambil gambar? "
" Ambil gambar? "
" Iye, ambil gambar! Swafoto satu kali! " ujar seorang gadis.
" Abang, akak, kita buat mini love jom! "
" Mi..Ni Love? "
" Macam ni.. " ujar gadis itu sambil menunjukkan cara untuk buat gaya mini love tersebut.
Gadis itu menghalakan kamera ke arah dirinya, Kasturi dan Tuah. Kasturi dan Tuah pula memandang antara satu sama lain sebelum membuat gaya yang dipinta oleh gadis misteri di hadapan mereka. Mereka mengukir senyuman yang agak kekok. Kenapa pelik sangat tempat ni?
" Thanks, akak, abang! By the way, saya memang suka baju yang akak pakai ni. Kebetulan saya tengah buat kerja lapangan sekolah tentan pakaian zaman dahulu.. Bila tengok abang dan akak pakai macam ni, memang saya excited la! " ujar gadis itu panjang lebar sebelum pergi meninggalkan mereka berdua. Kasturi pula mengangguk sambil tersenyum sahaja. Tuah pula masih keliru.
" Peliknya manusia di sini.. " ulas Tuah apabila gadis itu pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.
" Itulah.. Turi pun tak berapa nak faham dengan apa yang gadis itu cakap.. "
" Lupakan sahaja pada gadis itu. Sekarang, kita perlu cari Lekir dan Lekiu. Kemudian, Keris Taming Sari. "
Tanpa berlengah lagi, Tuah dan Kasturi menuju ke lorong yang kecil itu. Lorong itu memang tidak banyak manusia. Tidak seperti kawasan yang mereka tiba tadi. Jadi, senang lah mereka hendak mencari Lekir dan Lekiu.
" Tuah, di hujung sana, ada seorang jejaka. Mungkin dia boleh membantu kita mencari Lekir dan Lekiu? Mana tahu dia ada terserempak dengan mereka berdua? "
" Turi, tunggu di sini. Biar Tuah sahaja yang pergi ke sana. "
Kasturi mengangguk dan berdiri di tempat mereka berhenti. Tuah pula menuju ke arah lelaki yang sedang leka mengira duit.
" Assala.. "
Belum sempat Tuah memberi salam, lelaki yang sedang leka mengira duit tadi terus melarikan diri. Tetapi malangnya lelaki tadi berlari ke arah Kasturi.
" Mahu lari ke mana ha? " soal Kasturi sambil menghalang lelaki tersebut daripada melarikan diri.
" Tepi.. " lelaki itu memberhentikan ayatnya apabila dia melihat wajah Kasturi. Sungguh, dia tidak pernah melihat wajah seindah Kasturi. Selalu, muka yang sama sahaja dia lihat tiap hari.
" Kenapa kau nak lari? " kolar baju lelaki tadi ditarik dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Tuah yang menariknya. Amboi, bukan main lagi tenung wajah Kasturi ya?
" Ampun, bang.. Saya minta maaf.. "
" Apahal kau minta maaf? Aku cuma nak tanya.. "
" Ya! " jawab lelaki itu dengan rasa takut yang belum hilang.
" Apa yang ya? " soal Kasturi. Berkerut dahi Tuah melihat gelagat lelaki di depannya.
" Se.. Sebenarnya.. Keris abang, saya yang ambil.. "
" Ha?!! "
" Saya minta maaf, bang.. Saya ingat abang tak tahu saya.. Sebab masa tu abang tengah tidur kat kaki lima.. "
" Mana keris aku? Pulangkan semula! "
" Saya.. "
" Saya apa?! "
" Saya dah jual. "
Ketika itu, Tuah rasa seperti mahu pengsan buat kali kedua.
Share this novel