" SIKIT aje kuih seri muka hari ini? " soal Mak Leha sambil menghulurkan wang kertas kepada Tuah. Kuih seri muka yang sudah dibungkus dengan daun pisang itu diambil dari tangan Tuah.
" Ya, Mak Leha. Hari ini seri muka laku keras pula. Sampai rumah Mak Leha, memang tinggal yang ini aje lah.. "
" Sejak kamu meniaga macam ni kan Tuah, susah Mak Leha nak beli kuih air tangan Kasturi ni banyak-banyak. "
" Hahaha.. Kasturi pun sibuk sekarang ni. Ini aje yang dia sempat buat. "
" Ye la.. Mak Leha faham. Kirim salam pada Kasturi nanti ya? Ha, kalau ada Lekir dan Lekiu kirim salam juga pada mereka berdua. " pesan Mak Leha.
" Baik, Mak Leha. Saya pergi dulu. Assalamualaikum. "
" Waalaikumussalam. "
Mak Leha terus masuk ke rumah dan menuju ke bahagian dapur.
" Apa yang kau beli tu, Leha? " soal Pak Mail apabila dia melihat isterinya membawa bungkusan daun pisang.
" Saya beli seri muka ni ha.. Lama tak makan.. Teringin la pula.. "
" Siapa yang jual? Kasturi atau Tuah? "
" Tuah, bang. "
" Hmph, kalau Si Tuah yang jual, aku tak nak makan. "
" Dah kenapa pula? Yang buatnya Kasturi, bukan Si Tuah. "
" Aku kata tak nak, tak nak. Lepas dia khianat Jebat, aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan Tuah. Sebab dia, anak kita dalam penjara! " marah Pak Mail.
" Bang, salah anak kita juga. Siapa suruh dia menderhaka dan melawan perintah sultan? Tidak cukup dengan itu, dia menyebarkan fitnah pula..Kan kita sudah tahu perbuatan itu sememangnya salah? "
" Ah, sepatutnya Tuah yang dipenjarakan.. Bukan anak kita! "
" Abang, Tuah tidak bersalah.. Dia difitnah. Dan itu semua perbuatan anak kita! "
" Malas aku cakap dengan kau ni Leha. Aku tak tahu sama ada Jebat atau Tuah anak kau. "
Mak Leha mengeluh. Kalau Jebat salah, tak kan dia mahu mempertahankan anaknya?
enjoy your reading
Share this novel