Bab 1 - Jangan Ungkit

Adventure Series 477

" MANA bakul seri muka? Tuah nak gerak dah ni.. " soal Tuah sambil mencari bakul yang selalu dia bawa.

" Oh, Turi serahkan pada Teja. Teja kata dia perlukan duit untuk beli makanan. "

" Habis Tuah bagaimana? "

" Ish, Tuah ni.. Lain kali saja lah Tuah tolong Turi. Esok, Lusa kan ada lagi? Apa kata kalau Tuah pergi berehat sama Lekir dan Lekiu? Sudah lama Turi tidak lihat Tuah meluangkan masa bersama mereka. "

" Iya lah. Tuah pergi dulu ya. "

" Hati-hati jalan tu! "

" KAU ni Tuah.. Teja tolong Turi pun kau tak suka.. " ujar Lekir selepas dia mendengar cerita dari Tuah.

" Mana ada aku tak suka. Aku tak nak Turi lupakan aku sahaja. "

" Kau ni, Tuah. Tak kan lah satu hari Teja tolong Turi, dia nak lupakan kau? " sambung Lekiu pula.

" Betul tu cakap Lekiu tu, Tuah. Lagipun Teja dan Turi kan sudah lama bersahabat baik. "

" Atau.. Kau masih ragu-ragu sama Teja? " soal Lekir cuba meneka sesuatu.

Perlahan-lahan Tuah mengangguk.

" Aku takut Teja ada udang disebalik batu. Entah-entah dia hendak pergunakan Turi. Kau orang tahu kan Turi tu bagaimana? "

" Haih, kau ni kan Tuah.. Teja tu sudah berkahwin. Sudah ada 2 orang anak. Lepas itu, dia perlu tanggung mak dan adik lelakinya pula. Kau rasa, dengan kerja suaminya sebagai nelayan tu, mampu menampung mereka semua? " Lekir cuba menyedarkan sahabatnya itu.

" Ya, Tuah.. Sebab tu la Teja tolong Turi. Sekurang-kurangnya, Teja ada duit lebih hasil membantu Turi. " Sambung Lekir lagi.

" Sudah-sudah la dengan perasaan buruk sangka kau tu Tuah.. " Lekiu yang dari tadi diam sahaja, mula bersuara.

" Huh? "

" Kau patut risau dengan Jebat. Kau tahu, hukumannya bakal berakhir bukan? "

" Aku tahu. Jadi, kenapa? Aku perlu takut dengan kebebasan Jebat? Begitu? "

" Tidak.. Aku tak maksudkan begitu.. Tapi cuba kau fikir. Selepas Jebat keluar, kau rasa dia masih ada perasaan pada Turi? Kau tahukan punca semua ni terjadi kerana perasaannya pada Turi? "

" Tak mengapa. Turi dekat dengan aku. Dia akan selamat. "

" Kalau kau dah kata begitu.. Tetapi, macam mana dengan kau? Bagaimana kalau Jebat ada dendam dengan kau? "

" Aku.. Aku tak tahu, Lekiu. Mungkin aku akan cuba untuk berdamai dengan dia? "

" Kau yakin? Bagaimana pula dengan penerimaan Pak Mail? Bukan Pak Mail sudah jadikan kita sebagai musuh selepas Jebat disabitkan kesalahan? "

Tuah kembali diam. Sebut sahaja nama Pak Mail, dia tak tahu untuk berbahas apa. Semenjak dia bergaduh dengan Jebat lagi Pak Mail mula bermasam muka dengannya. Hanya Mak Leha sahaja yang berbaik dengannya.

" ASSALAMUALAIKUM, Turi! " panggil Teja di luar rumah.

" Waalaikumussalam.. Ya, Teja? "

" Ni.. Aku datang bawa bakul seri muka. Laku keras ya kuih seri muka kau ni! " ujar Teja dengan gembira.

" Mungkin sudah jadi kuih kegemaran penduduk kampung di sini? "

" Aku rasa mungkin air tangan kau Turi. Hebat lah kau ni Turi! "

" Biasa aje la, Teja. Mari sini bakul tu, aku nak simpan. "

" Oh ya, nah.. "

" Ini, duit upah kau hari ni. Bila-bila kau nak tolong aku, datang je tau. "

" Hmm.. Turi.. " panggil Teja

" Kenapa ni, Teja? "

" Kalau aku mahu kerja dengan kau terus? "

" Oh.. Pasal itu.. Aku perlu bincang dengan Abang Tuah dulu.. Kau tahu kan dia juga selalu tolong aku sejak dia tidak pergi bertempur. "

" Oh.. Baik.. Nanti, kau bagitahu aku kalau boleh ya? "

" Ya, Teja. Ha, ni ada lauk lebih aku masak tadi. Boleh la kalau kau nak makan dengan keluarga kau. "

" Turi.. "

" Ambil la, Teja. "

" Turi, kau banyak buat baik dengan aku. Kenapa ya, Turi? Walaupun lepas aku buat macam-macam dekat kau.. "

" Sebab kau kawan aku, Teja. Dah, jangan ungkit lagi kisah lama. Aku tak suka. Ambil lauk ni, makan dengan keluarga kau. "

" Terima kasih, Turi. "

" Ya.. Sama-sama. Balik nanti kirim salam pada mak kau. "

Teja mengangguk lalu meneruskan perjalanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience