" MANA Si Lekir dan Lekiu ni.. Macam mana aku nak keluar dari lautan manusia ni? Mesti bermacam-macam soalan yang akan ditanya nanti.. " bisik Tuah didalam hatinya. Kiri, kanan, depan dan belakangnya semua orang kampung. Gara-gara pengakuan tidak sengaja dari Kasturi semalam, kini Tuah perlu menghadap soalan-soalan yang bakal diajukan oleh orang kampung.
" Tuah, kami semua nak kepastian.. " Pak Mahmud bersuara. Siap hidangkan secawan kopi lagi.
" Betulkah kau sudah berkahwin dengan Kasturi? "
" Err.. Ya.. Kasturi tu isteri saya, Pak Mahmud.. "
" Sejak bila? "
" Sebenarnya, dah lama.. Tempoh perkahwinan kami sudah mencecah 3 tahun.. "
" 3 tahun? Lamanya kau simpan rahsia dari kami semua! " celah Mak Deruma pula.
" Kamu semua dengar dulu.. Saya rahsiakan perkahwinan kami ni bersebab.. "
" Sebab fitnah Kasturi dulu kan? " celah Cik Siti.
" Hah! Sebab itukah, Tuah? "
" Kau kahwin dengan Kasturi kerana mahu menutup malu Kasturi? "
" Begitukah Tuah? "
" Kau ikhlas atau tak berkahwin dengan Kasturi? Jika tidak, bagi aku sajalah jagakan Kasturi.. "
Makin bingit telinga Tuah. Lepas satu, satu suara yang keluar tentang Kasturi. Ada yang kata dia tidak ikhlas terima Kasturi? Sedangkan dia begitu cintakan Kasturi. Tak boleh jadi ni..
" ASSALAMUALAIKUM.. Tuah! Tuah, keluar cepat Tuah! Aku ada benda yang nak cerita pada kau ni! "
" Waalaikumussalam.. Lekir, Lekiu.. Ada apa datang ke mari? "
" Turi, Tuah mana? "
" Macam biasa lah.. Dia pergi ke pasar jual kuih. "
" Oh.. Selalunya, Tuah balik bila? "
" Entah lah, Lekir.. Turi sendiri tak pasti. Kalau kuih laku keras, awal lah balik. Kalau tidak, lambat sikit lah.. "
" Tetapi, kuih Turi jarang lah tak laku keras . "
" Ish, tak juga. Ada kala, kuih Turi banyak lebih. Oh ya, cakap pasal lebih.. Mari la minum dulu. "
" Tak pe la, Turi. Kami pergi cari Tuah dahulu ya. "
" Baiklah.. Hati-hati ya.. "
" Sepatutnya, kami yang kata begitu pada Turi. Lebih baik Turi duduk sahaja di rumah. Risau jikalau Jebat datang mencari Turi ketika Tuah tiada dirumah. "
" Ya, Turi tahu. Abang Tuah sudah pesan pada Turi. "
" Kami gerak dulu.. "
" Ibu.. " panggil Arjuna. Kembarnya Delima turut menghampiri Kasturi.
" Ya, Arjuna? Kenapa? "
" Tu.. " Arjuna menarik tangan Kasturi supaya mengikutinya.
" Kenapa ni, Arjuna? Cuba bagitahu ibu? "
" Turi, berhenti. " arah Lekiu.
Lekiu memasuki rumah tanpa ragu-ragu. Lekir pula mengeluarkan kerisnya. Dia sudah membuka langkah. Mereka berdua dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Suasana yang sunyi tiba-tiba bertukar menjadi riuh. Pinggan dan mangkuk kedengaran jatuh berderai. Habis bergegar sesisi rumah dengan pertelingkahan yang berlaku. Lekiu lawan Jebat.
" Kasturi, pergi lari! Pergi cari Tuah. Bawa anak-anak sekali! " arah Lekir. Kemudian dia pergi masuk ke rumah untuk membantu Lekiu.
" Arjuna! Delima! Mari, kita pergi cari ayah! " Kasturi terus memimpin tangan kedua-dua anaknya dan terus berlari dari rumah.
" WAH.. Kau semakin hebat ya, Lekiu. Hampir-hampir sahaja kau bunuh aku tadi.. Nasib baik aku sempat mengelak.. " ujar Jebat dengan nafas yang tercungap-cungap. Manakala Lekiu pula masih beriak biasa.
Mana tidak Si Jebat itu cepat penat, semasa berlawan dia asyik bercakap sahaja. Si Lekiu pula memang dari dalam perut ibunya lagi tidak banyak bercakap.
" Aku datang sini, ingin berjumpa dengan Kasturi sahaja. Janganlah marah. Kamu berdua anggap aku seperti musuh sahaja. "
" Lepas apa kau buat pada Tuah, kau nak suruh kami berbaik dengan kau? "
" Nampaknya, memang dari dulu lagi kau tidak anggap seperti sahabat kau kan? Kalau tidak, mesti kau boleh maafkan aku, kan? "
" Perbuatan kau sepatutnya tidak boleh dimaafkan. Apa yang kau buat dulu, telah mencemarkan nama Tuah dan Kasturi! "
" Tetapi sekarang mereka sudah bahagia.. Masih salah aku lagi? "
" Kau tetap salah, Jebat. Kau lupa apa yang kau buat pada Tuah? "
" Haish.. Malas aku mahu ingat kisah lama. Apa kata kalau kita buka kisah baru? "
" Kita boleh berbaik semula, Jebat. Tetapi, hati kau tu. Masih boleh terima Tuah kembali? "
" Aku hanya ingin berbaik dengan kamu berdua sahaja.. Lekir.. Lekiu.. Kau sahabat aku bukan? Pasal, Tuah lupakan sahaja. Biar dia dengan keluarganya. Lagipun, aku tidak pernah menganggap dia sahabat aku selepas apa yang terjadi. "
" Dan kau ingat kami nak percaya dengan tipu helah kau? " ujar Lekiu lalu keris dibaling ke arah Jebat. Walaupun Jebat sempat mengelak, keris yang dibaling Lekiu berjaya melukakan lengan Jebat yang tidak berlapik.
Kerana risau dengan serangan yang tidak dijangka lagi, Jebat mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tetapi, dia sempat menghantar jelingan maut pada Sang Lekir dan Sang Lekiu.
" MAAFKAN kamu, Tuah, Turi.. Habis barang rumah kau rosak dan pecah berderai. " ucap Lekir. Air kopi dan kuih seri muka yang dihidang Kasturi langsung tidak dijamah Lekir dan Lekiu.
" Tak mengapa lah, Lekir.. Sepatutnya aku ucap terima kasih pada kau dan Lekiu kerana berjaya menghalang Jebat. "
" Jebat semakin melampau, Tuah.. Dia sudah tahu kediaman kau dan Kasturi. Keluarga kau kemungkinan dalam bahaya, Tuah. " ujar Lekir dengan nada yang risau.
" Mujurlah ada kami berdua. Kalau tidak, entah apa yang terjadi jikalau Kasturi yang memasuki rumah tadi. " sambung Lekiu pula.
" Jebat betul-betul cabar kesabaran aku.. Mari! Sekarang juga aku mahu berlawan dengan Jebat! " ujar Tuah yang sudah lama bersabar.
" Nak berlawan lagi? Nanti apa kata Pak Mail? " sampuk Kasturi. Dia tidak mahu kejadian lepas berulang kembali. Disebabkan Tuah dan Jebat pernah bertarung, hubungan dia, Tuah, Lekir dan Lekiu sama Pak Mail terus terputus.
" Habis, tak kan kita nak biar Jebat ganggu kita lagi? Abang tak kan selalu ada di rumah, Turi. Abang risaukan keselamatan Turi dan anak-anak.. "
" Turi pun risaukan abang juga. Jebat pun, bukan calang-calang. Setaraf dengan abang juga. Jebat pun anak murid ayah kan? " soal Kasturi.
Disebabkan itulah Kasturi sangat risau jika Tuah ingin bertarung dengan Jebat. Dia juga tahu kehebatan Jebat ketika dia belajar ilmu silat dengan ayah Tuah, Tok Darus. ( Sebab tu Kasturi dapat gelaran Sang ya pembaca yang saya sayangi )
" Abang tak kira. Malam ni juga, pertarungan akan dilakukan. Rahsiakan dari penduduk kampung. Lekir dan Lekiu, kau pergi ke rumah Pak Mail dan hantar pesanan ini kepada Jebat. Pastikan hanya Jebat sahaja yang tahu. " arah Tuah. Lekir dan Lekiu mengangguk faham. Terus mereka gerak ke rumah Pak Mail.
" Turi nak ikut abang. "
" Kalau Turi ikut, siapa yang mahu jagakan anak-anak? " ujar Tuah sambil mengusap kepala Kasturi.
" Turi boleh upah Teja atau sesiapa sahaja. Janji Turi boleh tengokkan abang. "
" Turi.. "
" Boleh lah, abang.. "
" Tak boleh, Turi. Turi duduk rumah sahaja ya? "
Tuah mencium dahi Kasturi sebelum bersiap untuk pertarungan yang bakal diadakan malam nanti. Tetapi, Kasturi tetap dengan keputusannya. Tuah lupa agaknya dengan kedegilana seorang Sang Kasturi?
enjoy your reading guys! Sha ada mood satgi sha tulis bab seterusnya ok? <3
Share this novel