Bab 4 : Degil Sungguh Kasturi!

Adventure Series 477

" ANAK-ANAK mana? " soal Tuah ketika bersiap. Kasturi pula berdiri di sisi Tuah. Membantu apa yang patut.

" Dah tidur. "

" Oh.. Nanti, Kasturi jangan tunggu abang ya? Abang tak pasti bila pertarungan ini akan berakhir. " pesan Tuah.

" Abang.. Kenapa Turi tak boleh ikut abang? "

" Kalau Turi ikut, siapa yang mahu menjaga anak-anak kita di rumah? "

" Dulu, abang juga yang kata Turi ni kekuatan abang. Tetapi, sekarang? Abang pula tak benarkan Turi ikut abang.. " ujar Kasturi dengan nada merajuk. Kasturi, Kasturi.. Perangainya memang persis kanak-kanak.

" Alala.. Kasturi abang ni merajuk ke? Kalau anak-anak kita dah besar, tak mengapa kalau Turi mahu ikut.. Ni, anak-anak kita kecil lagi.. Kalau mereka terjaga dari lena, mesti mereka akan mencari Turi.. "

" Tetapi Turi mahu ikut abang.. "

" Maafkan abang, Turi. Kali ni, Turi kena duduk rumah. Doakan abang supaya abang menang ya? " pinta Tuah sambil mencium ubun-ubun Kasturi. Lama. Dia juga risau jikalau selepas ini dia tidak boleh bertemu dengan Kasturi.

Kasturi pula diam sahaja. Ketika Tuah keluar dari rumah, dia hanya melihat sahaja. Lambai pun tidak. Selepas Tuah sudah jauh meninggalkan rumah, Kasturi masuk ke rumahnya semula dan mengambil kain batik lalu disarungkan atas kepalanya. Dia mengambil pelita dan sudah bersedia untuk keluar dari rumah. Sebelum itu, dia sempat membelai Arjuna dan Delima yang sedang lena diulit mimpi.

" Tidur ya, Arjuna.. Delima.. Sebentar lagi, Mak Teja akan datang.. " bisik Kasturi perlahan.

Dia keluar dari rumah sambil tersenyum apabila dia melihat cahaya pelita yang sedang menuju ke rumahnya. Itu Teja.

" Turi, kau pastikah mahu mengikut Tuah? " soal Teja.

" Ya, aku pasti. Kalau tidak, tak kan lah petang tadi aku suruh kau datang ke mari untuk menjaga Arjuna dan Delima? "

" Hmm.. Kalau kau begitu.. Baiklah. Hati-hati ya, Turi? Sudah malam ni? "

" Ya.. Kau jaga anak aku baik-baik ya, Teja? Air dan makanan aku sudah sediakan. Kau cuma perlu makan sahaja. " ujar Kasturi sebelum beredar.

" AKU rasakan, Kasturi pasti ada rancangannya sendiri. Aku tahu Kasturi itu bagaimana. Degil dia kalah Arjuna dan Delima. "

" Jadi, bagaimana? Kau nak suruh kami pergi ke rumah kau untuk mengawasi Kasturi? "

Tuah mengangguk.

" Kau? Kau seorang sahaja bertarung dengan Jebat? " soal Lekiu.

" Tentang aku, jangan risau. Aku lebih risaukan Si Kasturi tu. "

" Baiklah. Kami pergi mengawasi dia. "

" Cepat sikit ya. Aku rasa tak sedap hati ni. "

Apabila Lekir dan Lekiu sudah bergerak ke rumah Tuah, tiba-tiba sahaja Jebat datang menyerang Tuah dari belakang. Tetapi Tuah sempat mengelak dan berjaya mematahkan serangan Jebat. Kini kedudukan Tuah dan Jebat, seperti dalam pertarungan yang sebenar.

Jebat bersama kerambitnya. Tetapi keris masih berada dibelakangnya. Manakala Tuah pula hanya ada Keris Taming Sari sahaja.

" Pengecut. Kalau kau berani, kenapa kau serang aku secara mengejut? "

" Kenapa? Kau terkejut? " soalan dibalas dengan soalan. Jebat memandang Tuah dengan senyuman yang mengerikan.

" Hmm.. Setakat itu serangan kau, aku masih boleh berdiri lagi la. Sekurang-kurangnya aku tidak pengecut macam kau! "

" Siapa pengecut?! Kau atau aku? Siapa yang rahsiakan dari penduduk kampung tentang perkahwinan kau dan Kasturi? "

" Aku rahsiakan untuk kebaikan Kasturi juga. "

" Kebaikan? Atau itu untuk kepuasan kau sahaja? "

" Kurang ajar! "

" Sebenarnya, kali terakhir kita berlawan sebelum aku dipenjarakan, kau sudah ada hubungan sama Kasturi kan? "

" Hubungan apa? Aku hanya suka pada dia dan belum luahkan apa yang terbuku dalam hati. "

" Jadi, kita memang sukakan orang yang sama? Kau bukan tak tahu aku sudah lama sukakan Kasturi. Tetapi, kenapa kau pilih untuk suka Kasturi juga? Kenapa?! "

" Sebab aku tahu.. Aku tak luahkan perasaan aku pada Kasturi! Walaupun Kasturi memikat aku, aku pura-pura tidak suka padanya! Sekarang, kau masih salahkan aku? "

" Ya.. Sebab tu, aku benci kau! Aku datang sini, bukan kerana kau dapat Kasturi. Tetapi sebab apa yang kau buat pada aku. Kau dah musnahkan hidup aku. Jadi, tiba giliran kau pula untuk musnah.. " ujar Jebat. Kerambitnya dicampak ke tanah. Keris yang diletakkan dibelakangnya tadi, diambil.

" Baik. Malam ni, kita tengok siapa yang musnah. " ujar Tuah.

" ITU, ada cahaya pelita. Entah-entah Kasturi? "

" Mari kita lihat. " arah Lekiu.

Tepat sekali tekaan Lekir. Memang itu Kasturi. Apabila sudah kantoi, dia tayang muka tidak bersalah.

" Turi, apa kau buat di sini? "

" Err.. Aku.. "

" Kau nak pergi lihat Tuah kan? "

" Hmm.. "

" Haish, kan Tuah sudah pesan jaga Arjuna dan Delima.. "

" Siapa yang jaga budak berdua tu sekarang? " soal Lekiu.

" Teja. Turi upah Teja untuk jagakan anak-anak. "

" Sekarang ni, macam mana? Nak hantar Turu pulang atau.. "

" Tak! Turi tak nak pulang.. Turi nak lihat keadaan Tuah.. "

" Tetapi, Tuah suruh kami awasi Turi. "

" Boleh lah, Lekir.. Lekiu.. Bagi Turi lihat Tuah.. " rayu Kasturi.

" Ish.. Degil sungguh Kasturi! Ye la, jom! " ajak Lekir. Kalau Tuah marah dia.. Erm.. Pandai-pandai la dia jawab nanti.

" HIARGHH! " Sepantas kilat kaki Jebat naik ke wajah Tuah. Terus tercampak jauh Tuah dibuatnya.

" Hahahahaha.. Tenaga dah habis ke? Kau nak menyerah? "

Tuah menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu kenapa, ketika dia berlawan dengan Jebat, Jebat seakan-akan mahu merampas Keris Taming Sari darinya.

" Apa kata macam ni.. Kalau kau kalah, aku nak kau serahkan keris kau tu pada aku. Dan jika aku yang kalah, aku akan keluar dari kampung ni. Tidak akan tunjuk muka lagi. " ujar Jebat berani.

Tuah tersenyum. Dia sudah dapat jangka muslihat Jebat.

" Wah... Kekuatan Tuah sudah tiba! "

Terus Tuah memusingkan kepalanya ke arah jalan masuk gelanggang. Rupanya, Lekir dan Lekiu membawa Kasturi ke sini.

" Turi, apa yang Turi buat di sini? " soal Tuah.

" Ish, buat apa lagi. Mahu lihat abang lah! Abang cepat lah! Tunggu apa lagi! Cepat abang habis perlawanan ini, cepat la abang balik! " bebel Kasturi.

Tuah mengeluh. Tak mengapa lah, Tuah.. Sekurang-kurangnya Turi memberi kau semangat.

kedegilan seorang Kasturi kalah seorang kanak-kanak ya.. Hahaha.. Enjoy your reading<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience