BAB 2

Drama Completed 689

“APA?!Abang nak kahwin lagi?”Izah terduduk ketika Raykal mengungkapkan ayat itu. Sungguh dia tidak menyangka ,Raykal mempunyai wanita lain selain dirinya.Raykal angguk pandangannya ke bawah.Terpaksa juga diluahkannya, meski perkara itu akan menyiat ganas hati isterinya.Bening mata Izah mula bertakung. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk tidak mahu menangis namun akhirnya manik jernih itu gugur juga bersama nada sebak yang sudah menyanyikan lagu pilu.

“Apa salah Izah,bang?Apa yang kurangnya Izah?!”Izah bersuara sambil air matanya mengalir deras,dia menggenggam erat tangannya,hatinya sungguh pedih ketika itu.Tidak kasihankah Raykal terhadap dirinya ketika itu?
“Abang minta maaf,Izah.Izah tak ada dosa dengan abang.Tapi….”
“Tapi apa,bang?Izah tahu Izah ni dah tak cantik macam dulu.Izah sedar.”Izah bersuara dengan emosi kesedihan.Tanpa disedari,tubir matanya Raykal juga sudah bergenang,tetapi,dia sedaya upaya menyembunyikan air matanya daripada tumpah.Tidak mahu menambah kesedihan malam itu lagi. Sanggup lelaki itu melukai hatinya tika ini!Apalah dosanya?Kejam sungguh apabila diperlakukan begitu!Raykal memicit-micit dahi,air matanya tumpah juga akhirnya,perasaannya sudah tidak boleh ditahan lagi.
“Ya,ALLAH!Ampunilah hambamu,hambamu ini telah menyakiti hati seorang wanita yang banyak berkorban untuk hamba,ya ALLAH..Astaghfirullah..apa yang aku dah lakukan?”Raykal melepaskan keluhan kecil.Terucap juga ayat itu akhirnya.Tetapi,hatinya kini penuh dengan kekesalan.Izah bangun dengan perlahan keluar dari bilik.Sudah tidak sanggup lagi bertahan kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience