BAB 3

Drama Completed 689

Izah memandang wajah wanita itu.Sungguh kejam perempuan yang bernama Maisara ini!Sanggup dia melukai hati seorang wanita yang mana sepertinya juga!Perempuan inilah pendua kasih lelakinya!Izah sesekali menjeling tajam Maisara.
“Oh,rupanya kaulah yang terhegeh-hegehkan suami aku ya?Hmmm..puas hati kau sekarang!”Izah meninggikan suara,melepaskan amarahnya terhadap isteri baru suaminya,Raykal itu.
“Muka je baik.Hati kotor!”Izah menjegil lagi.Hatinya panas benar berbaur sedih ketika itu.Ketika Raykal membawa pulang perempuan itu ke rumah,Izah dari mula lagi sudah meluat dengan perempuan yang berlagak baik itu.
“Izah,sudahlah..Izah..”Raykal cuba meneteramkan Izah.Dia bersuara lembut.
“Oh..memanglah,dapat isteri baru,memanglah ditatang sepenuhnya!”Izah meninggikan suara terhadap Raykal .Terkjut juga Raykal ,tidak pernah pula isterinya meninggikan suara kepadanya.
“Izah!Awak dah berani ya,tinggikan suara kat saya!”Giliran Raykal pula berperang.Izah terkejut kerana suaminya juga tiba-tiba begitu.Air hangat seperti hendak mengalir di tubir matanya.
“Abang,sanggup abang tengking Izah sebab perempuan ni!Abang kejam,kejam!”Izah memecahkan kolam matanya.Raykal mengurut dada.Ya allah,apa yang aku dah lakukan?
“Izah,izah..abang minta maaf…,Izah..abang..ttak sengaja.”Raykal suaranya seperti tersekat.Raykal mengejar Izah dari belakang.
“Izah..abang..”
“Abang apa?Ha?Abang pergilah,pergilah layan bini muda abang itu sepuas-puasnya.”Izah bersuara bercampur keesakan.Raykal serba salah seketika,kemudian terdengar suara seorang wanita.
“Abang..”Sahut Maisara.
Raykal menoleh,Maisara sudah ada di belakang.Izah menjeling.
“Abang,Kak,Sara minta maaf kalau Sara dah hancurkan kebahagiaan akak dan abang.Sara berdosa,kak.”Maisara tunduk.Timbul rasa bersalah dalam diri Maisara kerana telah merampas kebahagiaan rumah tangga seorang wanita sepertinya.
“Memang!Sedar pun kau!”Izah bersuara keras lagi.Raykal sudah tidak tahu bagaimana hendak melembutkan hati isterinya itu lagi.
“Izah,sudah,Izah..Sara,pergi masuk dalam.”Raykal mengarahkan.Maisara berlalu,petang itu tidaklah secerah mana.Di kawasan luar,kanak-kanak girang bermain di waktu petang.Izah mendengus marah.Dia berlalu meninggalkan Raykal yang sedang dalam kekusutan itu.Seketika kemudian,satu suara meminta tolong kedengaran.Raykal segera mendapatkan suara itu.
“Ya ALLAH!IZAH!”Raykal terkejut dan kaget seketika,Izah jatuh tergelincir!Raykal mendapatkan Izah yang sedang mengerang kesakitan itu.Beberapa minit kemudian,Maisara ,muncul.Keadaan kelam kabut seketika.Saris sudah merengek apabila dirinya hendak dibuatkan susu tidak dihiraukan.Beberapa minit kemudian,sebuah ambulans tiba,setelah Maisara membuat panggilan ke hospital tadi.Izah dikejarkan ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience