BAB 1

Drama Completed 689

Raykal duduk melepaskan keluhan kecil.Dilonggarkan tali leher berwarna hitam yang dipakaikan di lehernya itu.Butang atas baju kemejanya,dibuka.Dadanya sesak kini.Hatinya makin runsing.Matanya dihalakan keatas,perlahan-lahan dikatup matanya.Raykal mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.Sesekali kepalanya terasa berat sekali.Terfikir di kepalanya,bagaimana mahu memberitahu Izah?Pasti isterinya itu akan melenting.Mesti juga isterinya itu begitu sakit hati dengan ayat yang bakal diucapkannya itu.Raykal memikirkan lagi,haruskah dia melakukan keputusan itu?

Sedang leka Raykal berperang dengan keputusannya,muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu dapur.
“Papa!”Si comel Saris menjerit memanggil Raykal papanya yang baru pulang dari kerja itu.
“Saris …mari,kat papa..”Saris menurjah Raykal lalu duduk di atas riba papanya itu.
“Mama mana?”
“Mama kat dapur,pa.”Saris bersuara keletah.Sesekali dia meletakkan kepalanya di riba Raykal .Saja mahu bermanja-manja dengan papanya.Raykal sesekali mengusap perlahan kepalan anak kecil berusia empat tahun itu.Raykal tersenyum kecil.Kejap sahaja anaknya itu sudah berusia empat tahun.
“Papa belikan ais-krim tak?”Saris bersuara sambil anak matanya sedang mengharap jawapan ‘ya’ dari papanya itu.
“Alaa…papa minta maaf ya Saris ,papa terlupalah..”Raykal menepuk dahi,dia terlupa pula untuk membelikan ais-krim yang dipesan Saris semasa dia hendak berangkat ke tempat bekerja pagi tadi.Saris menarik muka.Hampa betul dirinya.Lantas dia bangun dari riba Raykal .Raykal mendekati anaknya yang sedang masam mencuka itu.
“Papa,minta maaf,ya.Papa sorry sangat.Memang papa lupa.Papa janji nanti papa beli.”Raykal mengangkat isyarat sumpah,mahu memujuk anak tunggalnya itu.
“Papa janji?”Saris berpaling ke arahnya lalu menghulurkan jari kelingkingnya sebagai tanda janji.
“Papa janji!”Raykal membalas huluran jari itu.Seketika kemudian,Izah muncul dari dapur,
“Hai,bang.Bila balik?Masuk tak bagi salam pun.”Izah bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Reihan ,suaminya itu.Sesekali dia mengusap perutnya yang semakin membesar mengandungkan anak suaminya itu,sudah masuk bulan ketujuh.
“Baru lima minit tadi.Yang awak ni,tak keluar dari dapur langsung.”Raykal bersuara sambil menhulurkan pula tangannya.
“Maaflah,bang.Tadi tengah menggoreng kat dapur.”Izah mengambil beg dari tangan suaminya itu.Lantas dihalang Reihan .
“Awak pergilah ke dapur dulu,biar saya angkat beg ni.Berat ni.”Raykal tersenyum memandang isterinya.Kasihan pula dia hendak menyuruh isterinya mengangkat beg kerjanya yang penuh dengan kertas kerja itu.Sudahlah isterinya itu sedang sarat.
“Ha..yelah…”Izah menuju ke dapur semula menyambung tugasnya.Raykal mendaki anak tangga rumahnya itu sambil tangannya menjinjing beg kerjanya itu.Perasaan kasihan Raykal terhadap Izah datang kembali.Mana mungkin dia akan menghancurkan hati isterinya yang banyak berkorban untuknya itu?Tidak sanggup rasanya.Dia begitu kasihan terhadap isterinya yang sangat dicintainya itu.Tambahan pula,Izah sedang mengandungkan anaknya yang kedua,benihnya juga.Tidak sanggup rasanya untuk menghancurkan hati wanita itu.Raykal meramas-ramas kepalanya yang sedang kebingungan itu.Sesekali,kedengaran keluhan kecilnya.Lantas kakinya sudah di tingkat
Atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience