BAB 5

Drama Completed 689

Raykal tidak dapat melupakan walau sebutir kata-kata doktor yang telah ditemunya itu.Sesekali hatinya terasa ingin menjerit.Mengapakah dugaan terus-menerus begini?Dia disahkan menghidap tumour otak,tahap kronik!Ya allah,sungguhnya maha hebat cubaannmu.Raykal berkefikiran,dia mahu isterinya tidak mengetahui perkara ini.Dia tidak mahu menambah lagi kesedihan kedua hati isterinya itu,terutama,Izah.
“Abang makan apa tu?”Maisara bersuara tiba-tiba.
“Eh,mana ada apa-apa.”Raykal sedaya-upaya menyembunyikan ubatan yang sedang dimakannya tadi itu.Tidak mahu tembelang pecah.
“Betul ke?”Maisara mengangkat kening.Aneh betul dengan sikap suaminya yang secara tiba-tiba selalu pening,muntah-muntah dan kadang-kadang pelupa itu!
“Betul.”Raykal mengangguk tersenyum Alahai isteriku,kalaulah kamu tahu?
Seketika kemudian,Izah muncul di dapur untuk mengambil air.Sesekali,jelingannya yang tajam itu menggusarkan hati Raykal dan Maisara.Izah tetap dengan hati batunya.Tidak mahu menerima Maisara sebagai madunya.Puas sudah dipujuk Raykal .
“Sayang,kenapa bangun ni?Izah kan dalam pantang lagi.Kalau nak apa-apa,bagitaulah abang,nanti abang ambilkan.”Raykal cuba mencairkan hati Izah yang keras itu,diambilnya segelas air untuk diberikan kepada Izah.Tetapi,Izah menepis dengan kuatnya,lalu gelas yang dipegang Raykal terhempas ke lantai.
“Izah!Jangan biadab,Izah!Ini suami awak ni!”Raykal mula meninggikan sikit suaranya.
“Hei,pandai pula awak mengaku suami saya!Ingatkan dah lupa,asyik ingat betina ni je!”Raykal tidak dapat mengawal kemarahannya apabila Izah biadab seperti itu.Izah kebelakangan ini banyak berubah.Sudah tidak seperti Izah yang dikenalinya dahulu.Sopan,lemah-lembut.Itu bukan lagi ciri Izah sekarang ini.Raykal mengeluh panjang.Kepalanya tiba-tiba berat.Izah masih begitu,dengan kepala batunya.Seketika kemudian matanya Raykal sekali lagi berpinar-pinar,dunianya berpusing seketika.Bisa di kepalanya tidak bisa ditanggung lagi.Seakan Sesuatu yang sedang gah mencucuk-cucuk dek kepalanya.Raykal pitam,rebah tumbang ke lantai secara tiba-tiba.Maisara dan Izah segera mendapatkan Raykal yang sudah rebah itu.
“Abang!!!”Jerit Izah dan Maisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience