BAB 6

Drama Completed 689

Izah mengalirkan air mata deras,tidak sangka selama ini Raykal mengidap penyakit barah otak ini!Rupa-rupanya Raykal memilih hendak merahsiakan perkara ini semata-mata kerana tidak mahu menambah kesedihan hatinya.Maisara kelihatan duduk termenung di kerusi penjuru wad itu.Dia juga tidak menyangka bahawa lelaki yang mana sudah cuba dicintainya sedikit-demi sedikit itu mengidap penyakit yang berbahaya ini.Raykal sekarang ini,sudah terlentang di katil hospital.Dia tidak mampu lagi untuk menjalankan kehidupan seperti biasa kerana barah yang dihadapinya sudah semakin kritikal.Izah sudah bermandikan air mata semenjak dua menjak ini.Sesekali dia mengenangkan nasibnya.Sesekali juga dia mengenangkan dosanya yang terlalu banyak terhadap suaminya yang tercinta itu.
“Abang.’Izah menyapa lembut,berbisik ke telinga Raykal .
Raykal mengangguk perlahan.Dayanya lemah,tiada tenaga ketika itu.
“Abang sayang Izah?”
“sayang…”Raykal berbisik perlahan.Suaranya seakan tersekat.
“Abang,maafkan Izah,abang,Izah berdosa kat abang.”Izah mengenggam erat tangan Raykal di sisi katil hospital itu.Bening mata Raykal juga mula bergenang laju.Lantas disapunya Izah.Maisara hanya melihat dari sudut jauh.Setianya kasih mereka berdua!Sesekali,Maisara kesal,kesal dengan perbuatannya.Dia telah merampas kebahagiaan orang!Ya ALLAH,sungguh berdosanya aku.
“Abang maafkan Izah.”
Raykal mengukir senyuman kecil walaupun dirinya tiadanya daya ketika itu.
“Faarris..Saris s..mana?”Raykal bertanya akan Saris dalam keadaan yang tersekat-sekat itu.Sesekali,nafasnya seakan turun dan naik.
“Papa,Saris kat sini.”Saris muncul tiba-tiba.Saris duduk di hulu katil.Raykal melemparkan senyuman kepada Saris .Sesekali Saris menyeringai.
“Papa sakit eh?Kesian papa.Kalau Saris nak sihatkan papa,boleh?”Saris ,anak kcil yang belum mengerti apa-apa itu,bersuara.
“Saris ,”Sahut Raykal lemah.
“Ya,papa.”
“Saris jangan nakal-nakal tau.Kalau papa tak ada nanti,Saris jaga mama dengan umi ya.”Hibanya ketika itu.Izah mencelah.
“Abang,kenapa cakap macam itu?Izah tak sanggup bang.”Izah bersuara seperti marah dengan ucapan suaminya itu.
“Betullah,papa nak pergi mana?”Saris semakin tidak mengerti dengan ucapan Raykal itu.
“Kalau papa pergi,Saris nak ikutlah!”Saris membuat gimik muka sedih.Kenapa papanya berkata begitu?
“Saris janji,ya.”Raykal tidak menghiraukan lagi soalan anaknya.Lalu dihulurkan hujung jarinya,Saris membalas sebagai tanda persetujuan.
“Papa,jawablah…”Saris merengek.Seketika kemudian,nafas Raykal tiba-tiba turun-naik,Izah sudah menjerit histeria memanggil suaminya itu.Maisara perlahan-lahan mendekati sisi katil Raykal .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience