BAB 8

Drama Completed 689

Izah duduk termenung,menghadap pusara Raykal ,yang baru sahaja dikebumikan itu.Air matanya tidak henti-henti mengalir.Maafkan Izah,abang!
“Mama,kenapa papa kena masuk dalam tu?Kesian papa,nanti papa lemas,papa tak ada kawan,biar Saris lah yang temankan papa.”Saris bersuara,dia masih belum mengerti yang papanya sudah tiada,dia sekarang menjadi yatim!
“Saris ,Saris dengar sini,papa dah tak ada Saris ,papa dah tak mungkin balik lagi,Saris ..”Maisara cuba menerangkan kepada Saris .Izah hanya duduk mebeku.Sesekali dikesatnya air mata yang hangat mengalir.
“Papa dah tak balik?Papa pergi mana?”Reaksi muka Saris mula menunjukkan perubahan.Dia masih tidak mengerti.
“Papa Saris dah balik jumpa tuhan.Papa dah tak balik jumpa kita lagi Saris .”Maisara sedu seketika.Tidak sanggup diteruskannya lagi.
“Maksud umi,sampai bila-bila?”Kolam mata Saris juga hampir pecah tatkala Maisara berkata begitu,papa dah tak balik?Papa tak sayangkan Saris ke?
“Yep,Saris .Saris sabar ya.”Maisara memaut erat tubuh kecil Saris yang mula merengek itu.Papa tak sayangkan Saris !Jerit Saris hiba.Beberapa minit kemudian,Maisara menghulurkan sekeping kertas,daripada Raykal kepada Izah.Izah mengambil,lalu mem baca isi surat tersebut..

Untuk isteriku,Izah,
Izah,abang minta maaf,selama ini,abang selalu menyakiti Izah.Abang sedar,abang masih belum mampu menjalankan kewajipan sebagai seorang suami Izah.Abang pergi,belum sempat abang membahagiakan,Izah,padahal Izah sudah terlalu banyak membahagiakan abang,terima kasih,Izah.Izah,terima kasih atas keprihatinan Izah terhadap abang selama ini.Izah sebagai isteri tiada cacat celanya,Cuma abang yang banyak kekurangannya.Abang gagal membahagiakan Izah.
Izah,
Terima kasih atas kasih sayang yang Izah curahkan terhadap abang selama ini,terima kasih kerana perhatian Izah selama hayat abang ini.Terima kasih juga Izah,kerana memberikan abang zuriat yang menjadi penyambung keturunan abang selepas ini.Terima kasih kerana memberikan Saris dan Farhana sebagai penyambung warisan abang.Jagalah mereka baik-baik ya Izah.Didiklah mereka supaya tidak lupa akan agama.Ingatkan mereka kepada abang,walaupun abang sudah tiada,abang butuhkan doa mereka sebagai menambah bekalan abang di pelayaran abang sekarang ini,Izah.
Izah,
Abang meraskan,Izah amat berdukacita tika abang mengatakan yang abang mahu menikahi Maisara,Izah,abang minta maaf sekali lagi.Abang menikahi Maisara bukan sebenarnya kehendak abang,emak abang yang memaksa abang menikahi Maisara,kalau tidak,emak mengancam mahu menggugurkan kandungan Izah ketika mengandungkan Farhana dahulu dan emak tidak mahu mengaku yang abang ini anaknya lagi,abang minta maaf Izah,percayalah,ini semua bukan kehendak abang!Abang tidak mahu Izah dan farhana yang masih di dalam kandungan terjadi apa-apa ketika itu.Maafkan abang sekali lagi Izah,kalau keputusan menikahi Maisara itu sungguh menghiris hati Izah.

Sekian,isteriku,bahagialah kehidupanmu,isteriku,Nurfarahizah,janganlah diratapi pemergianku ini,biarkanlah ketenangan menghiasi pelayaran abang didunia yang lain kali ini.Selamat tinggal,isteriku,

buat isteriku yang tercinta,dari suamimu,
Raykal …

Izah menatap sayu setiap bait isi surat itu,selama ini dia sudah salah anggap terhadap kasihnya Raykal terhadapnya!Air matanya tumpah laju ke atas isi surat itu,lalu dakwatnya mengembang.Dia memang banyak berdosa terhadap Raykal !Izah meraung,tidak dapat dikawal kesedihannya,menyesal dengan perbuatannya selama ini!
“ABANG!!!”Izah menjerit lalu rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience