BAB 8

Spiritual Completed 1366

Bagaimana Ameena mahu menerima kembali. Ameena ada maruah diri. Kalau sudah diludah jangan dijilat kembali. Hati Ameena sudah tertutup mati... Kini Ameena mengerti. Apa yang jadi punca. Terlerailah segala kekusutan hati. Kenapa Ameena sering ditolak. Rupanya dia dicintai yang tak terlihat.

“Jin tu kata, dia suka kat akak sebab akak belum berpunya, akak cantik.” Ameena hanya ketawa bila ustaz muda dan pembantu muda itu berseloroh. Tetapi dalam tawa itu ada luka.

Ameena juga diberitahu sudah sepuluh tahun peminat misteri itu tinggal dalam badan. Seawal Ameena masih remaja, masih belum berpunya. Ameena menginsafi diri, dahulu dia tidak menjaga aurat. Dia pernah terdengar kata-kata seorang ustaz di You Tube.

“Anak dara jangan keluar maghrib-maghrib pakai seluar pendek. Takut jin jatuh cinta...” kata-kata itu bukan omongan kosong. Aurat bukan sahaja untuk menutup dari pandangan nafsu manusia, tetapi juga makhluk lain dari jenis yang berkahwin dan beranak pinak.

Hidup ini harus banyak sabar. Ameena tahu dia di didik Allah dengan sifat sabar. Tak mengapalah, Ameena akan maafkan semua yang berbuat salah pada dirinya.

Orang-orang yang pernah dikasihi, yang pernah merobek hati. Bahkan si pecinta misteri. Benar setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kini, di hadapan mata Ameena seorang lelaki yang bergelar suami. Seperti kata Ustaz Ali, dia berakhlak lebih mulia dari mana-mana lelaki yang Ameena kenal sebelum ini.. Kata ustaz muda yang merawat Ameena, dia sopan orangnya, seperti berilmu agama.

Benar, benar semuanya. Yang paling benar adalah janji Allah s.w.t. bagi orang-orang yang sabar.

Ameena malahan sedar, walaupun dia lewat berkahwin, tetapi dia dihadiahkan seorang suami yang baik. Yang lebih baik dari mana-mana lelaki yang pernah Ameena kenal. Shahrin, Fadza dan beberapa nama lagi yang menjadi lipatan sejarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience