“Awak jangan kata apa-apa pada isteri saya. Sekarang dia isteri saya. Saya wajib sayang dia, bertanggungjawab pada dia, terima dia seadanya, terima kekurangan dia. Jadi saya taknak dia terluka bila tau saya dengan awk...”
“Saya tau awak macam tu, untunglah saya kalau awak jadi suami saya..” Jawab Ameena berbaur kecewa. Kata-kata Shahrin ditelan bagai duri.
“Awak jangan cakap macam ni. Awak buat saya serba salah”
“Memang betul pun, mungkin saya yang tak bernasib baik..” tangisan Ameena makin kuat.
“Awak kita berhenti cakap o.k. Bila dengar awak nangis macam ni hati saya rasa, Ya Allah tak tahu nak cakap..” itu lah antara kata-kata terakhir Shahrin.
“Tak apa. Awak kahwin orang lain, saya pun akan kahwin orang lain. Saya nak orang macam awak” suara Ameena separuh menjerit.
“Ya Allah saya tak baik mana..”
“Atau lebih baik dari awak...”
Kata-kata Ameena mati di situ. Perbualan mereka habis di situ. Tetapi kesedihan Ameena tidak terhenti. Berminggu-minggu dia meratap nasib diri. “Apa salah aku?, apa salah aku?” rungut di mulut keluh di hati. Bukan dia bergaduh besar dengan Shahrin. Malahan lelaki itu masih menyayangi dirinya. Ameena tahu perhubungan mereka bukan main-main.
‘Saya memang nak pilih awak. Tetapi saya tahu saya bukan terbaik untuk awak.’
Ah! Kata-kata untuk membeli hati. Itulah perkataan yang terbaik untuk meninggalkan seseorang. Ayat untuk menutup salah diri.
‘Saya sebenarnya lagi sayangkan awak dari isteri saya. Ya Allah saya rasa bersalah pada isteri saya cakap macam ni..’
Apa ini?! Dasar lelaki! Sudah pasang dua, semuanya mahu disapu. Zalim sungguh. Apakah ini?. Bukan sahaja dia zalim pada Ameena, malahan pada isterinya dan diri sendiri.. Apa yang sudah jadi? Ameena keliru. Apa sebenarnya berlaku.?
Share this novel