BAB 7

Spiritual Completed 1366

“Bukan kah dia perempuan juga?” soalan itu berkali-kali di luah pada ustaz muda. Ini aneh, sangat pelik.

“Akak, dia bukan faham. Jin bukan boleh bezakan lelaki ke perempuan. Dia bukan bijak. Dia macam manusia juga ada dengki, cemburu. Jadi sebab tu dia kacau semua lelaki akak suka. Dia anggap akak macam girlfriend dia lah...” Itu penerangan ustaz muda. Kedengaran mudah difahami.

Tetapi makin cuba di fahami makin kusut. Makin tidak mengerti. Ya Allah besar sungguh kuasaMu. Tak terjangkau akal manusia segala rahsia alam dunia, apatah lagi alam akhirat.

Cinta tak terlihat.

Ameena merenung text mesej di telepon bimbit. Mesej daripada Shahrin berulang kali dibaca. Mesej berbaur kata-kata rindu dan sayang.

‘Apa gunanya lagi Shahrin, kau bukan milik aku lagi. Itulah hakikat yang harus kau dan aku telan. Inilah takdir dan ketentuan. Kita tidak ada jodoh.’ Itu antara bait kata yang Ameena hantar pada Shahrin.

Ameena tahu Shahrin menyesal. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Isteri Shahrin sendiri sudahpun hamil. Silap Shahrin hanya satu, menipu. Tetapi Ameena juga tahu kalau Shahrin tidak yakin pada Ameena kerana bisikan si pecinta misteri.

“Bila dia dah berjaya pisahkan. Lelaki tu akan sayang akak balik..” Itulah yang dikatakan si pembantu muda. Ameena faham maksudnya. Ameena tahu kalau selepas berpisah, bekas teman lelaki akan sayang kembali padanya. Ini bukan pertama kali. Fadza pernah kembali merayu.

Bekas kekasih sebelum Fadza pun pernah datang merayu Ameena. Kalau dahulu Ameena rasa pelik.

Kenapa setelah hati Ameena dirobek, baru rasa menyesal. Kenapa tidak berpuas hati dengan apa yang ada, apa yang telah mereka miliki. Kenapa masih mahukan Ameena.

Bukankah Ameena ditinggalkan kerana tidak bagus di mata mereka. Tidak layak menjadi suri hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience