Hidup mereka tidaklah seindah mana. Fadza terperangkap dengan beban hutang, Shahrin pula tidak pedulikan keluarga. Ameena pantas sedar kalau mereka yang sebelum ini dipuja melangit.
Bukanlah lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Ameena tahu Allah mengetuk pintu kesedaran Ameena, bahawa bercinta dan berjanji setia bukanlah cara terbaik mendapat jodoh. Tetapi mintalah pada Nya. Hanya sekelip mata pertolongan Allah akan sampai jika Dia mahu..
Ameena hubungi ustaz muda. Walaupun punya muslihat, si pecinta misteri itu telah menghalang Ameena daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak baik.
“Akak ucaplah terima kasih pada dia nanti, kalau akak datang sini..” ucap ustaz muda setelah mendengar luahan Ameena. Ameena mengangguk. Dia akan melawat Ustaz muda jika pulang ke kampung. Mahu ucap terima kasih pada pecinta misteri yang terperangkap dalam botol itu.
Tetapi yang paling utama sekali dia harus ucap terima kasih pada Allah s.w.t kerana memberi izin pada si pecinta misteri mengganggu Ameena. Sesungguhnya ujian ini menambah keimanan dan ketakwaan pada Nya.
Ujian ini menambah kebergantungan Ameena pada Pencipta. Dan kerana ujian ini Ameena belajar erti sabar. Ameena belajar erti syukur bila dikurniakan suami yang baik dan beriman atas kesabaran itu.
“Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, Ampunkan aku jika aku mengeluh lagi meratap atas ujianMu. Jadikan aku orang yang lebih beriman. Terima kasih Ya Rabb...” Ucap Ameena.
Dia tersenyum, dia tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu dimana Allah s.w.t. telah menghalang dia dari berkahwin dengan lelaki yang salah.
Dan dengan kesabaran Allah s.w.t gantikan dengan orang yang lebih baik.. Yakinlah dengan janji Allah bagi orang-orang yang sabar. Jika bukan di dunia, ganjaran syurga pasti di akhirat.. Sesungguhnya kasih dan cinta daripaa Allah adalah cinta yang sebenar, ia tak perlu dilihat dari pandangan mata kasar namun dirasa dan dilihat dari hati perbuatan, cinta dari Tuhan yang senantiasa melindungi hambanya cuma kita sebagai manusia yang sering alpa dan tidak tahu diuntung walhal ia adalah cinta yang teragung.
Share this novel