BAB 5

Spiritual Completed 1366

Ameena rasa mahu angkat punggung. Dalam hati menyumpah idea seorang teman yang mencadangkan berubat cara islam.

“Aku bukan sakit..” getus Ameena dalam hati. Entah mengapa dia boleh sampai di sini. Kata-kata Fauziah berjaya mempengaruhi dia.

“Akak cuba berubat cara islam kak. Mana tahu sihir. Kawan saya pun sama. Berapa kali putus tunang, cinta sama cinta pun putus. Bila berubat cara islam sekarang dah kawin pun.” Kerana cadangan Fauziah inilah Ameena berada di sini. Di sebuah pusat perubatan islam di kampung halaman.

Ameena berat mulut mahu menceritakan masalah diri di hadapan ustaz yang jauh lebih muda. Keyakinan langsung tak ada bila melihat umur orang yang mahu diadu. Ameena menarik nafas. Dia hanya cerita serba ringkas dalam keadaan langsung tak yakin.

Bacaan Ruqyah Syar’iyyah dibaca. Ameena rasa terawang-awang....

“Ada sesuatu yang ikut akak..” terang ustaz. Dahi Ameena bermanik peluh. Dia tahu, dia rasa perubahan diri pabila mendengar bacaan Ruqyah. Dia bukan yakin sangat. Tetapi dia rasa kepala berat. Dada Ameena berdebar-debar. Perasaan yang sangat aneh.

“Boleh tangkap kak, Bila ditangkap baru boleh tahu apa dia. Mungkin saka, sihir atau lain-lain.”

Ameena pulang dengan penuh tanda tanya. Antara percaya atau tidak percaya. Tetapi dia tetap akan datang lagi minggu hadapan. Dia harus teruskan perubatan ini. Bagi Ameena ini satu usaha. Dia sedar mempercayai yang ghaib adalah salah satu rukun iman.

Sebaik-baik jin, adalah sejahat-jahat manusia... Benarkah?

Ameena merenung botol didepan mata. Kosong pada mata kasar tapi itu bukan hakikat sebenar.

“Alhamdulillah akak, berjaya dah kita tangkap.. Syukur banyak-banyak..” ucap ustaz muda. Pembantu ustaz muda ini hanya seorang budak lelaki yang punya kelebihan melihat makhluk halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience