BAB 3

Spiritual Completed 1366

Dasar lelaki mulut manis, buaya darat!. Puas Ameena menyumpah seranah dalam hati. Tapi cinta dalam hati masih sukar dipadam. Shahrin sudah jadi milik orang lain. Itu hakikat yang harus Ameena telan.. Tetapi pokok persoalan yang utama, bagaimana mahu melupakan Shahrin. Bagaimana mahu melupakan segala kesedihan dan kerinduan.

Ini bukan kali pertama...

Ameena memandang wajah manis di cermin. Apa kurangnya aku? Bukankah wajah ini dikata orang cantik. Adakah aku jahat sangat?

Ameena tahu dia seperti manusia lain yang punya kekurangan dan kelebihan. Tetapi kenapa mereka meninggalkan aku seolah-olah aku tidak punya kebaikan langsung?. Rasa rendah diri menerpa dalam hati Ameena.

Ini bukan kali pertama... Dulu Fadza meninggalkan dia setelah Ameena terserempak lelaki itu di cafe bersama perempuan lain. Sebelum Fadza, Hakim kekasih lama mengabaikan diri Ameena hingga Ameena rasa tersisih.

Kekasih sebelum Hakim juga terlalu cemburu, hanya kerana lambat mengangkat telepon sudah dituduh curang. Ameena mengira-ngira jari. Sudah berapa banyak bekas kekasih yang dia ada..

‘Ya Allah, bukan aku mahu begini.. Tetapi kenapa jadi begini?’Ameena rasa kesal. Rasa malu dipermainkan lelaki setiap kali.

Hal berkaitan Shahrin langsung tak masuk akal. Tidak ada pergaduhan besar antara Ameena dan Shahrin.

Kenapa lelaki itu tega meninggalkan dirinya tanpa fikirkan hati Ameena langsung? Apakah makna kata-kata manis yang bermain di bibir Shahrin. Kata-kata manis yang nista!. Ameena membaling bantal ke dinding.

Sudah berhari-hari dia tidak boleh tidur, tidak lalu makan. Hanya menggogoi sepanjang malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience