BAB 6

Drama Completed 531

“Maafkan saya, Ramona .” Pinta Wan . Aku diamkan diri. Apa yang aku perlu
jawab. Semua ini berlaku kerana aku banyak merajuk. Aku biarkan diri ini
merajuk tanpa memikirkan perasaan Wan . Ahh! Aku terlalu banyak
menyusahkan dia.

“Ramona , awak jangan diam macam tu. Jawablah. Bila saya dapat tahu yang
awak kemalangan. Hanya satu dalam fikiran saya iaitu Zana . Adakah awak
akan jadi macam Zana . Tinggalkan saya bersendirian. Saya tak mahu
Ramona . Saya tak mahu itu yang terjadi.” Wan tertunduk. Ini kali pertama
aku melihat dia meluahkan perasaannya. Aku rasa bersalah. Macam mana ni?
Biarkan dia luahkan segalanya atau aku... ah! Aku keliru ni.

“Cukuplah Zana pergi dan kalau boleh saya nak kecapi bahagia dengan
awak dulu.”

“Tapi mati kan...” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia dah sambung.

“Mati! Saya tahu mati itu pasti. Mati itu Allah yang tetapkan. Kita
hanya mampu merancang tetapi saya nak awak tahu, tak ada niat di hati
saya nak berpisah dengan awak.” Wan menundukkan wajahnya.

“Tapi kenapa awak minta kita berpisah?” akhirnya terkeluar juga
pertanyaan itu daru mulutku.

“Awak! Awak benar-benar seperti Zana . Terutamanya masa awak merajuk.
Saya bagaikan ternampak bayangan Zana dalam diri awak. Saya menidakkan
perasaan ini sehingga saya kemalangan. Saya ingat dengan minta
perpisahan dengan awak, saya akan lebih rasa senang dan dapat melupakan
awak tetapi ternyata tidak. Makin kuat ingatan saya pada awak dan bukan
Zana lagi. Saya rindu pada awak tapi saya tau, saya dah buat kesalahan
besar dengan minta pisah dengan awak.” Panjang sungguh penerangan Wan .

Tanpa Wan sedari, ada perasaan bahagia dalam diri aku. Mana tak bahagia,
orang yang kita suka masih sukakan kita. Untungnya. Aku memang nak
senyum tapi tak boleh. Kena tunjuk muka merajuk lagi. Wan yang mulakan
segalanya.

“Ramona , awak masih sudi bersama saya tak?” soal Wan lagi sekali.
Walaupun ayat yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. Bukankah
dia dah tanya awal-awal tadi? Eh, lupa pula! Aku kan tak jawab lagi.

Aku diam lagi dan buat wajah serius. Sengaja mahu seksa perasaan dia
tapi aku mana sampai hati.

“Ramona .” Panggilnya lagi.

“Ya. Tentu saya masih sudi-sudikan diri bersama awak. Ish! Ada pula
tanya soalan tu” marah aku. sakit-sakit pun nak marah ke? Hihihi aku
tersenyum padanya.

“Janji tak merajuk dengan saya lagi.” Kata Wan . Dahi aku berkerut.

“Apa pula merajuk ni? Saya tak nak janji la. Saya kan suka merajuk.”
Balas aku.Wan hanya mampu menggeleng.

“Tetap degil macam dulu.”

“Eh, saya degil atau awak yang degil.” Soal aku pula. Geram! Sedap hati
kata aku degil.

“Saya degil apanya?”

“Awak degil nak memiliki saya.” Selamba aku berkata. Wan merenung ke
dasar mataku. Aku tahu dia juga dalam tahap kegeraman yang maksimum.

“Kita kahwin!” akhirnya Wan melamar aku. apa yang perlu aku katakan.
Mestilah aku nak kahwin dengan dia tapi dia..........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience