BAB 2

Drama Completed 531

Selepas aku solat, aku duduk di birai katil.

Kalau aku merajuk, ada kau nak pujuk. Tak ada kan? Aku tahulah aku ni
kuat merajuk tapi....tapi... sob sob sob air mataku mengalir. Aku nak
juga dia pujuk aku... Aku benci kau! tapi aku rindu kau! Rindu sagat
pada kau . Wan Muhammad Zuraimi!!!!! Rintih hatiku.

Tetapi hati aku tersentap.

“Entah-entah Wan merajuk dengan aku kot? Eh mana pernah dia merajuk
dengan aku. Mana boleh! Ini tak adil!” aku mula risau. Aku mana pernah
tengok dia merajuk. Masak aku macam ni!

Aku gagahi untuk menghubungi dia tetapi gagal. Tiada yang jawab. Nak
seksa hati aku la tu Wan . Tak nak jawab call aku yer? Tak apa aku call
lagi.

Kini sudah masuk call yang ke 20, aku masih tak dapat dengar suara dia.
Memang sadis aku rasakan. Air mata usah cakap. Call yang ke sepuluh pun
aku dah nangis. Mana pergi buah hati aku ni? Sebelum ni tak buat pun
perangai macam ni. Dia dah jemu dengan aku ke sebab asyik merajuk. Ala,
janganlah macam tu. Aku merajuk pun aku sayang pada Wan tu. Dialah cinta
pertama aku. Mana boleh lupa.

Aku berbaring semula atas katil. Air mata yang mengalir aku lap dengan
tangan. Tiba-tiba bayangan Wan bagaikan aku nampak. Ish, tak boleh jadi
ni! Aku pula yang jadi gila bayang. Akhirnya aku mengambil keputusan
untuk ke rumah Wan sahaja.

Sunyi sahaja rumah Wan . Ke mana penghuni rumah ini yer? Aku keluar dari
kereta. Walaupun aku rasa ragu-ragu tetapi aku gagahi juga. Kehadiran
aku disambut dengan senyuman yang manis oleh mama Wan .

“Mama, mana Wan ?”

“Eh, Ramona tak tahu ke? Wan kemalangan. Tangan dia patah. Ada kat bilik
tu.” Jelas Mama Wan . Aku rasa mahu pengsan mendengarnya.

“Tapi kamu jangan risau. Dia okey aje. Kamu pergi aje biliknya. Ada la
dia kat situ.” Kata Mama Wan lalu ke dapur.

Kelihatan sebujur tubuh sedang berbaring.

Aku menekup mulut kerana menahan hiba melihat keadaan lelaki yang aku
cintai sepenuh hati. Jiwa halusku tewas. Air mata aku menitis lagi.

“Ramona !” tersentap Wan melihat kehadiran aku di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience