BAB 5

Drama Completed 531

“Wan tangan awak dah okey?” itulah soalan yang pertama aku tanya.
Disebabkan tangan tu kami berpisah. Semestinya aku jadi tak okey bila
nampak tangan tu tak patah.

Wan tidak menjawab dan terus meninggalkan aku.

Aku merasakan amarahku bagai volcano yang mahu meletus. Dia tipu aku ke? Wan sengaja mahu berpisah dengan aku. Alasannya, tangan patah! Ya Allah! Aku ditipu hidup-hidup!

“Zana , maafkan aku. Nanti aku datang lagi.” Itu sahaja yang mampu aku
kata sebab aku tak mampu nak bacakan yassiin untuknya. Hanya sedekah
Al-Fatihah untuk Zana sahaja.

“Ramona !” panggil Wan pula. Kali ini aku betul-betul tak kisah kalau dia
mahu berpisah dengan aku. Aku pasrah.

Tangan aku disambarnya. Aku merenung matanya. Aku rasa dia tak sedar
yang aku dan dia berada di tanah perkuburan.

“Ternyata saya salah, Ramona .” Tiba-tiba Wan berkata begitu.

“Bukan awak yang salah tapi saya yang salah.” Aku merentap tangan aku
sekuat mungkin. Aku tak nak air mata aku mengalir untuk lelaki ini lagi.
Aku janji tak kan layan rajuk ini lagi. Aku cuma nak ketenangan aje.

Wan tidak sempat buat apa-apa selepas aku masuk ke dalam kereta. Dia
tidak mengejar aku lagi walaupun separuh hati aku begitu mengharap dia
akan memujuk aku dan berkata, kita jangan berpisah.’

AHHHH!!! Aku terlalu banyak berangan. Itu tidak mungkin.

Mata aku kabur dek air mata. Aku hanya berserah kepada Allah ketika
memandu ini.

“Arrgggghhhh!” aku terjerit dan dunia aku gelap dan gelap!

Perlahan-lahan kelopak mataku buka. Aku tak tahu aku berada di mana.
Duniaku nampak putih sahaja.

“Di mana aku ni?” aku bertanya sendirian.

Aku ternampak sekujur badan yang sedang tertunduk layu. Tidur kot.

Wan ... hati aku menyeru namanya. Dia menemani aku ke?

Wan tersedar.

“Ramona dah sedar! Doktor! Nurse!” Panggil Wan terus berlalu keluar.
Tidak sempat untuk aku berkata apa-apa. Doktor dan jururawat datang
menghampiriku membuat diri ini tenggelam dan aku tak nampak Wan .

“Encik Wan jangan bimbang. Cik Ramona dah bertambah baik.” Doktor
tersebut melihat Wan dan sekarang pada arah aku pula. “Cik Ramona ,
banyakkan berehat dan kalau boleh jangan banyak bergerak. Badan cik
masih lemah.” Pesan doktor. Aku hanya mampu angguk kepala.

“Terima kasih doktor.” Wan menghantar doktor ke luar pintu dan dia masuk
semula dalam bilik sakit tersebut.

“Ramona .” Wan bersuara. Aku hanya mampu melihat wajah serabutnya.
Pakaian dan rambut seperti tidak terurus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience