BAB 4

Drama Completed 531

Aku mengambil keputusan pulang dahulu. Sudah dua malam aku tak tidur.
Memikirkan masa depan aku dan dia. Memang aku akui yang aku kuat merajuk
tetapi aku merajuk sebab aku mahukan perhatian Wan . Aku mahu dia tanya
macam-macam pada aku. Tambahan pula Wan ni jenis yang tak banyak cakap.
So, aku nak dia jadi banyak cakap bila bersama aku. Ini tak! Senyap aje.
Macam tak bercinta aku rasa.

“Wan , kenapa awak buat keputusan macam ni? Kenapa nak tinggalkan saya?”
aku tiada jawapan bagi persoalan itu. Aku berharap dia akan ubah
fikirannya sebab aku masih mahu bersama dia.

Aku teringat saat aku bertemu dengannya untuk kali pertama. Aku sedang
melihat wajah cerianya yang mengusik adiknya. Adiknya tu kawan aku. Saat
itu aku jatuh cinta dengannya.

“Zana , hodoh!” gurau Wan . Aku tahu perwatakan Wan sangat lain apabila
bersama keluarganya. Dia menjadi seorang yang amat ceria dan suka mengusik.

“Abang ni! Zana la gadis paling cantik!” manja sekali suara kawan aku
ni. Ini kali pertama aku melihat Zana bermanja. Jarang sekali aku dapat
melihat seorang yang serius dan matang bersama-sama kawan kini bermanja.
Manja sangat. Apa entah!

Kenapa nak ada dua peribadi? Dengan kawan lain. Dengan keluarga lain.
Kenapa ya? Aku ni, dengan kawan ke? Family ke? Aku sama aje perangai.
Tetap kuat merajuk.

“Zana memang hodoh! Tapi abang tetap sayang si hodoh abang ni?” alahai
romantiknya abang dia. Kasih sayang seorang abang terpancar. Aku tahu
Zana sayang gila pada abang kandungnya itu.

Selepas Wan berlalu. Aku suarakan apa yang aku rasa.

“Zana , aku rasa, aku suka pada abang kau ni.” Terus terangku.

“What? Aku suka kalau kau jadi kakak ipar aku.” aku memang tak sangka
respon kawan aku macam tu.

“Kenapa kau suka?”

“Sebab kau manja macam aku. Aku ni jenis kuat merajuk dengan abang aku.
mari kita buat dia tak terlayan bila ada dua orang perempuan merajuk.”
Zana ketawa gembira.

Tetapi kegembiraan itu tiada selepas sebulan aku bercinta dengan Wan .
Zana kemalangan. Ada sebuah kereta telah melanggar Zana ketika gadis
itu melintas jalan. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Aku dapat melihat kekecewaan Wan selepas Zana pergi. Dia mengambil masa
lima bulan untuk pulih sepenuhnya. Dia cuba melupakan Zana tetapi aku
yakin perasaan itu tetap ada sebab aku persis Zana . Manja dan kuat
merajuk.

Aku tersedar. Lebih baik aku ke kubur arwah. Di situlah aku tiap kali
bergaduh dengan Wan .

Aku bersiap dengan baju kurung.

Jam menunjukkan pukul empat petang. Waktu yang sesuai. Aku menuju ke
tanah perkuburan yang sememangnya tidak mengambil masa yang lama untuk
ke sana.

Dari jauh aku dapat melihat satu susuk tubuh yang aku amat kenal.
Walaupun hanya belakang badan sahaja tapi aku yakin dia.

“Wan !” tegurku.

“Ramona ?” jelas wajahnya terkejut dan tangannya sudah tidak berbalut
simen lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience