“Awak, kenapa tak bagitau saya? Sampai hati awak? Kalau saya tak datang
cari awak, awak tak kan bagitau saya la?” aku mula membebel.
“Ramona .” Panggil Wan lemah. Dia tertunduk.
“Wan , awak tak perlu lalui semua ini sendirian andai awak berterus
terang dengan saya. Saya pasti akan berada di sisi awak.” Ada sendu yang
dikedengaran.
“Saya kenal awak, Ramona . Kalau awak merajuk memang sukar mahu di pujuk.
Jadi saya dah fikir masak-masak. Saya akan lepaskan awak pergi. Jangan
cari saya lagi.” Kata Wan sambil berpaling. Dia macam tak nak tengok aku
dah.
“Tolong, Wan jangan buat saya macam ni.” Rayu aku.
ps: hihihi bersambung lagi. Harap sabar menanti esok full punya. Adakah
mereka bersama? Kalau ya pun mereka bersama, bagaimana? Kan mereka ada
tanda-tanda macam nak berpisah? Jadi ke mereka berpisah? Wah banyak juga
persoalan yang timbul. So, nantikan esok. Selamat malam.
“Tolong Wan , jangan buat saya macam ni.” Rayu aku. Air mata aku ni tak
segan-segan untuk mengalir depan Wan .
“Ramona . Saya dah tak boleh melindungi awak. Tangan saya dah patah.”
Lemah suara Wan yang aku dengar. Macam kecewa habis.
“Awak, tangan awak aje patah. Tapi cinta kita tetap kukuh kan?” aku
bertanya. Air mata yang mengalir aku biarkan sahaja. Tak mahu aku sekat.
Biar Wan nampak kesungguhan aku.
“Cinta? Biarlah saya tengok awak bahagia dari jauh.” Wan mula bangun.
Aku tergamam. Dia menolak tubuh aku ke arah pintu.
“Pergilah! Kita takkan bersama.” Wan tetap dengan keputusannya.
“Jangan halau saya Wan .” Rayu aku lagi.
Wan tidak bercakap sudah. Hanya bahasa badannya sahaja menunjukkan dia
tidak mahu melihat aku lagi.
Aku menolaknya kembali sebab aku tak nak keluar dari bilik tersebut.
“Aduh!” Wan rebah. Aku tersentap. Aku tak sengaja tolak dia. Aku... Aku
cuma nak dia tahu yang aku perlukan dia. Aku tak kisah tangan kirinya
patah.
Wan bangun. Dia merenungku tajam. Dia menolak aku keluar lalu menutup
pintu tersebut.
“Wan , buka pintu ni Wan ! Saya janji, saya tak merajuk lagi!” pinta aku.
Aku nak bersama dia. Aku tak boleh kalau tak tengok dia disisi aku.
Wan tetap seperti itu.
Share this novel