Aku tahan air mata ini dari terus mengalir. Dah memang sikap aku macam
ni. Mana boleh ubah. Dia ingat aku ni apa? Robot yang boleh set-set kan.
Kalau nak merajuk, tukar set jadi tak merajuk. Apa kejadah tu? Ish
geramnya aku!
“Ramona Ahmad!” Panggil Wan .
Aku buat tak tahu aje. Geram sangat. Sesungguhnya perempuan tak lepas
dari berperasaan merajuk. Biasalah. Perempuankan. Tak kan tak
faham-faham lagi.
“Ramona ! Ramona ! Dengar ni!” Wan menyambar lengan Ramona . Aku elak dari
terus pandang ke matanya. Aku tahu tangki air mata aku akan mengalir
bila-bila masa sahaja. Alahai hati, sensitif bangat la kau ni!
“Kenapa nak merajuk ni? Apa salah saya?”
“Awak memang ada salah dan awak fikir sendiri kesalahan awak tu.” Kata
aku dengan pandang ke tempat lain. Lebih baik aku pandang tiang tu
daripada pandang Wan .
Wan bengang.
“Awak ni kenapa? Saya tegur sikit dah merajuk. Saya cakap sikit merajuk.
Awak ni tak boleh ke tak merajuk sehari?” soal Wan . Marah aku dah naik
ke tahap gunung berapi nak meletus. Boleh dia tanya aku soalan tu.
“Baiklah! Biar saya merajuk selamanya. Awak jangan cuba nak pujuk saya!”
amuk aku.
“Ok Fine!” katanya. Kata-kata itu membuat aku tersentap. Sampai hati dia
tak nak pujuk aku malah meninggalkan aku pula. Aku tergamam. Aku berdiri
kaku. Hanya mampu melihat Wan menjauh.
Akhirnya air mata aku mengalir juga.
Kini, sudah seminggu dia tidak menghubungi aku. Aku nak call dia? Jangan
harap! Aku takkan call dia. Aku nak dia yang pujuk aku.
“Dia yang salah. Aku makan banyak pun dia nak tegur. Lagi satu kenapa
nak tegur aku makan banyak. Patutnya dia suka. Manalah aku tak merajuk.”
Aku menghembus nafas dengan kasar. Geram punya pasal.
Tiba-tiba deringan telefon bimbit itu membuat hati aku berdebar. Wan ke?
Dia call aku akhirnya. Aku nak jawab tapi tak sempat tekan on telefon
bimbit itu tidak berbunyi sudah.
“Misscall aje ke? Tak guna! Call la wei!” geram aku. Aku dah lama tunggu
kau call.
Aku memegang erat telefon bimbit itu. Aku menatap skrin telefon
tersebut. Ada wajah Wan yang kacak tersenyum. Kacak bagi aku sorang aje.
Orang lain kata dia tak kacak. Tak kisah la. Bagi aku dia istimewa.
“I hate you, Wan ! I hate! But.... I miss you. I love you.” Aku menangis
lagi. Aku benci dia seadanya tetapi aku sayang dia semahunya. Inilah
susah kalau dah cinta separuh mati. Aku segera bangun dari berbaring.
Cinta-cinta juga, solat jangan tinggal. Tiang agama kita tu.
Aku bangun dan pergi mengambil wuduk. Berharap hatinya sedikit tenang.
Aku juga berdoa agak hubungan aku dan Wan berkekalan. Aku dah sayang
gila dengan dia. Dia seorang aje yang boleh tahan rajuk aku. alamak!
Entah-entah......
Share this novel