BAB 4

Horror & Thriller Completed 1802

Aku jerit. Settelah sejam baru keluar suara. Dan pocong tu tiba-tiba sahaja ghaib dari pandangan. Tetapi bau busuk masih tidak hilang. Aku toleh ke jamban, rupanya aku tak flush ape yang aku sempat buang tadi.

Tak ditunggu-tunggu aku berlari keluar dari bilik air. Sekali lagi aku terjerit apabila kelibat mak aku ada di depan pintu bilik air, dan masih berbedak sejuk di muka!

"MAK KENAPA MAK SUKA BUAT SAYA TERKEJUT?! Aku terjerit pada mak.

"Yang ko tu duduk dalam bilik air sampai 2 jam dah kenapa? Ko buat apa?" Mak jerit balik pada aku. Tapi dengan gaya lebih kepada menengking sebenarnya.

"Mana ada buat apa, ni hal lelaki" jawab aku yang memang kalau boleh tak nak kongsi dengan mak apa yang berlaku.

AKU terus berjalan menuju ke bilik tinggalkan mak aku di dapur. Sedang aku menuju ke bilik, aku ternampak sesuatu di dalam bilik mak. Perasaan seram datang semula. Hati aku terdetik, kenapalah hari ni aku asyik terjumpa makhluk halus. Hijabku terbuka ke apa sebenarnya?

Dengan perasaan berdebar aku intai di celah pintu bilik mak. Dalam keadaan yang samar-samar, aku terlihat satu lembaga hitam duduk di katil mak aku. Niat di hati nak panggil mak di dapur, tapi aku batalkan niat tu takut mak aku terkejut pulak nanti, lagi parah.

Dengan perlahan aku tolak pintu bilik, sambil mencapai tongkat di tepi pintu bilik itu. Peluh aku mula memercik di dahi, seolah aku baru sahaja pulang dari membajak padi di sawah luas terbentang.

Sedikit demi sedikit aku mendekati lembaga tu. Dengan lafaz bismillah dan Allahuakbar, aku meghayun tongkat mak aku tu ke arah lembaga tersebut.

"ALLAHUAKBAR!!!!!"

Babb!! Babb!!

Dengan izin Allah, tiba-tiba kepala lembaga tersebut terbang dan meluru ke arah aku.

"YA ALLAH PENANGGAL!!!! MAK PENANGGAL!!! KEPALA DIA TERTANGGAL MAKK!!!PENANGGAL MAKK!!!" jerit aku sekuat hati sambil berlari keluar.

Dan lebih terkejut aku lihat mak aku dah terkujur kaku di lantai. Aku meggigil ketakutan. Aku lari keluar rumah, penanggal tu ikut sekali keluar. Dan berada betul-betul di atas kepala aku. Aku menangis ketakutan.

Dalam keadaan ketakutan itu, aku ternampak Yassin di atas almari luar rumah yang mak simpan kain-kain yang nak di beri pada orang yang memerlukan. Aku trus berlari mendapatkan naskah Yassin tersebut. Dengan keadaan mengigil aku buka naskah Yassin, nak baca pun tak reti. Aku buka dan hulurkan ke arah penanggal tu. Dalam sekelip mata penanggal tu ghaib seketika mungkin.

Dan aku terus berlari ke pagar luar rumah untuk keluar mendapatkan bantuan. Tetapi bila aku buka je pintu untuk keluar.

"YA ALLAH!!!"

Penanggal tu, betul-betul ada di depan muka aku. Akhirnya seluar aku dibasahi air kencing aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience