BAB 5

Horror & Thriller Completed 1802

Akibat terlalu takut, lutut aku longgar, lemah longlai. Lalu aku rebah, tapi tak pula pengsan. Aku tak mampu lagi berdiri. Aku merangkak, untuk larikan diri seperti suster ngesot aku merangkak menuju semula ke dalam rumah dan terus ke bilik aku.

Aku tiada arah tuju lagi mahu pergi selain ke bilik. Hampir 35 minit aku merangkak akhirnya sampai ke bilik. Aku terus menyorok ke bawah katil.

Tetapi sekali lagi aku ditimpa malang. Aku menyorok bersama-sama pocong yg aku jumpa dalam bilik air tadi. Sekali lagi kami bertentang mata antara satu sama lain. Namun kali ni aku tidak lagi berdiam diri seperti tadi.

BAB!!!!!

Satu das penumbuk aku hinggap ke muka pocong tadi. Aku tak dapat nak tahan lagi dengan makhluk halus ni.

DUSHHHH!!

Lutut ku hinggap ke perut pocong tadi juga. Akan tetapi nasib ku agak malang juga kali ni. Kaki ku terseliuh sebab terlanggar siling besi katil. Pocong ghaib.

Dengan esakan tangis, aku merangkak keluar. Perlahan-lahan. Dan memerhati keadaan sekeliling. Semua sunyi sepi. Penanggal hilang entah kemana. Pocong juga ghaib entah ke mana.

Aku merangkak ke luar rumah dan menjerit meminta tolong. "Tolong! Tolong!"

Jiran sebelah rumah aku keluar mendapatkan aku. Aku dan mak aku di bawa ke rumah jiran. Dan diubati menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Keesokan harinya mak aku sedar, tapi sayangnyanya, dia sedar dlm keadaan di rasuk.

YA ALLAH..KENAPA KAU UJI HAMBA MU SAMPAI BEGINI SEKALI....

"WARGHHHHHHH!!!!!WARHHHHHGGHHHHH!!!!LEPASKAN AKU SETAN!!!!!ARGHHHHHHHHH KORANG SEMUA SETAN!!!! HUHUHUHUHAHAHAHAHAUHUHUHUHUHIIHIHIHI" raung mak aku dalam keadaan kerasukan.

Aku tersandar di tepi pintu rumah jiran. Siapa sebenar nya setan ni? Bolehlah pula jerit-jerit cakap orang setan. Desis hatiku sendiri.

Namun aku tak mampu nak tolong mak aku. Dalam keadaan begini apa yang aku mampu hanya melihat apa yang orang kampung lakukan untuk membuat mak sedar dari rasukan iblis laknatullah itu.

Kami terpaksa memanggil Tok Imam dari kampung sebelah, sebabnya Tok Imam kampung kami lesap entah ke mana, setelah di ternampak langsuir malam semalam.

Hampir satu jam menanti penuh debarab Tok Imam kampung sebelah, akhirnya beliau sampai juga akhirnya. Dengan serban di kepala dan tasbih di tangan Tok Imam kampung sebelah sudah pun berada di depan pintu rumah jiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience