BAB 13

Horror & Thriller Completed 1802

ZAMIR !!!aku tersedar,"bangun Rif. Mak kau dah mula sedar. Dia dah mula ok."

Rupanya aku terlelap di tepi pintu. Aku tengok mak aku dah mula sedar. Wak pula kepenatan yang amat sangat. Badan nya berpeluh-peluh, sebab cuba keluarkan jin dari badan mak aku.

Aku melihat sekeliling, orang ramai mula menyambung bacaan Yassin. "Peon dah balik ke belum Watie..?" soal ku kepada Watie.

"Belum lagi tapi tadi dia ada call aku, dia sekarang ada dengan polis, tengah uruskan mayat yang kita jumpa tadi.

Aku terdiam dan berfikir, ke mana Fakri pergi, takkan hilang macam tu je.

" Fakri macam mana? Peon ade jumpa Fakri tak?"

Watie tunduk, "tadi Peon beritahu, Fakri masih belum dijumpai. Polis dan Peon hanya jumpa sebelah tangan nya sahaja."

Watie tunduk dan mula menangis. Aku tergamam dan tak terkata apa.

"Peon cakap, Fakri kemungkinan dah meninggal dunia. Polis masih lagi mencari Fakri,"sambung Watie lagi

Aku tak percaya Fakri dah mati. Tak mungkin Fakri dah mati. Aku bangun dari duduk dan berjalan ke arah mak aku. Aku tahu mak aku dah sembuh. Sebab aku sendiri yang menyaksikannya jin tu keluar dari badan mak aku.

Wak pula tersandar di kerusi keletihan.

Aku berjalan ke arah wak. "Wak kenapa wak pukul Chandran tu?" aku tanya dgn kehairanan.

"Taklah aku ingatkan orang minyak...aku tengah sedap buat saham, tiba-tiba dia buka pintu bilik air. Terus berdiri tegak depan aku. Sudahlah gelap, aku terperanjatlah. Terus aku baling gayung ke mukanya" aku hanya tersenyum melihat wak. Tiada sebarang kata.

"Wak tolong jaga mak saya kejap tau, saya nak masuk ladang sawit nak cari kawan saya, Fakri. Fakri dah hilang dari tadi,” jelasku pada Wak yang terangguk-angguk entah dengar ke tak orang tua ni. “Okay, okay okay pergilah cari, sebelum kau ada apa-apa yang tak diingini terjadi” mujur dia dengar dan aku mengerti benar apa yang dimaksudkan oleh Wak Usop tu. Aku harus segera kerana kalau terlambat mungkin kami tak dapat bertemu dengan Fakri lagi. Aku yakin Fakri masih hidup. Aku membawa beberapa perkakas sebagai alat untuk mempertahankan diri yang aku sendiri tak tahu apakah ia berguna atau tak, tapi di saat-saat genting, selalunya dalam movie, pelakon akan belasah capai apa saja alat untuk tampak pintar dan cekap, aku pun cubalah nasib memandangkan dalam kisah ini aku watak utama kan?

Aku memahami kata-kata wak tu. Aku tahu Fakri masih hidup. Aku bergegas keluar dari rumah untuk mencari Fakri. Baru lima langkah kakiku melangkah tiba-tiba Watie bersuara. “Zamir aku nak ikut kau,” katanya kepadaku dan aku mengelipkan mata dua kali tanda aku bagi lampu hijau padanya untuk ikut aku. “Ek eleh tak logik langsung!” mesti itu yang kau bisikkan dalam hati kan? Alah rileklah, aku tak nak tipikal sangat cerita ni, apa salahnya kelipkan mata bukannya aku kenyitkan mata kat Watie ni di saat-saat cemas kan?

Fakri aku akan cari kau. (Lupa dan watie juga). Pokoknya kami akan cari kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience