BAB 1

Horror & Thriller Completed 1802

Pada satu malam yang sepi disinari cahaya bulan penuh ketika aku dalam perjalanan balik dari Surau berdekatan rumahku, Aku melihat kelibat satu lembaga berwarna hitam melompat keluar dari celahan semak samun. Aku ketakutan hingga tak sedar terkeluarkan angin kus kus dari perut ku, barangkali gas telur rebus yang ku lahap di surau tadi tu keluar pada masa yang tepat namun di tempat yang salah. Bau busuk mula menyelubungi atmosfera dan aku tak dapat pastikan dari manakah datangnya bau yang menusuk itu.

Kembang kempis hidungku menahan bau namun seraya itu jugalah tak pasal-pasal dan tanpa sebarang amaran lembaga tadi mengejar aku. Tanpa berfikir panjang dan tanpa cuba negosiasi salahku yang tidak tahu menahu hujung pankal kenapa aku dikejar, aku berlari laju tak cecah tanah persis Usain Bolt. Tak sampai 10 minit pecutanku semakin perlahan dan aku tak berdaya untuk berlari lagi, baguslah kerana ku kira lembaga tadi juga pancit sebab dia juga sudah mulai memperlahankan lariannya.

Dek kerana mengah dan letih, nafasku rengus ganas dan brutal seperti kerbau matador yang sedang siap siaga berlaga. Aku memilih sebuah pohon yang tidak terlalu rendang namun cukup untuk ku berehat. Ku hempaskan punggungku namun belum pun sempat aku beristirehat di bawah pokok tadi. Kedengaran satu suara yang amat aku kenal dari atas pokok. Bunyinya amatlah perlahan namun menyeringai. Aduh time-time ni dia mari pulak!

"Kihhhh Kihhhh Kihhhh!!"

Ini konfem bunyi langsuir datang menggodaku! Macam mana aku tahu, sebelum tu aku pernah berguru dengan tok Wan aku. Katanya “kalau kau nak tahu samaada langsuir tu dekat ke jauh, kau dengar teliti bunyinya. Kalau bunyinya sayup-sayup kejauhan, ala-ala dari jauh ku sampaikan salam. Memang makhluk tu ada je standby you! Tapi kalau kau dengar bunyinya kuar semacam macam orang suara sumbang melalak di karaoke jamban itu maknanya dia jauh dari kau, dan kau sempatlah makan nasi kandar Deen Maju.

Saat itu bulu roma aku merinding macam nak tercabut semua bulu-bulu badan aku. Nak aku lari. Sah-sah dia ada sayap lagi advance. Takkan aku nak terbang pula, bukannya aku spesis burung kasawari atau sama spesis dengan dia. Aku ini ‘HUMAN’. Nak baca ayat suci Al-quran, sekadar Al-Fatihah aku luluslah, ni nak baca ayat Kursi memang tunggang langgang meskipun aku pakai kopiah yang dibeli dari Mekah pemberian Tok Wan aku ni. Nak tak nak aku bedal baca Al-Fatihah mendoakan kesejahteraan semua makhluk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience