BAB 3

Horror & Thriller Completed 1802

Punya la aku terperanjat mak aku ada berada di muka depan pintu rumah dengan bedak sejuknya yang penuh di muka sambil tangan kanannya memegang tongkat. Apa yang pasti bukan tongkat ali. Aku tergamam sehingga terasa nak gugur jantung.

"ko da kenapa muka penuh taik ni??? pengotor!!aku suh mkn nasi bukan makan taik!!" mak aku bebel aku sebab muka aku penuh dengan tahi kerbau tadi. Tak sempat nak bersihkan betul-betul.

"Saya kena kejar langsuir mak. Sudah dikejar saya terjatuh atas tahi, tu yang penuh macam ni. Tapi mujurlah tadi sempat saya bersihkan sikit. Kalau tidak, mungkin mak sendiri pun tak kenal anak yang mak kandungkan 9 bulan ni," balas aku sambil tercungap-cungap dan terus naik masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sedang aku mandi dalam keadaan yang ketakutan, tiba-tiba terdengar pintu bilik air di ketuk. Aku terdiam. Paip air aku tutup. Keadaan sunyi sepi seketika di dalam bilik air.

"Siapa tu???" jerit aku dlm keadaan ketar. Tiada siapa yang menjawab pertanyaan aku. Dengan perlahan aku buka daun pintu bilik air untuk melihat siapa di luar. Leher aku panjangkan keluar. Aku lihat tiada siapa pun.

Mak aku dah tidur agak nya. Setelah memastikan semuanya baik-baik sahaja, aku pun tutup pintu bilik air semula. Dan toleh ke belakang. Tiada perkataan aku dapat ucapkan, jeritkan mahupun tangiskan. Sebab apa yang ada di depan ku sekarang adalah sebatang pocong, yang berdiri tegak sambil merenung tepat ke arah aku. Aku kaku speechless. Nak bg salam aku berada di dalam tandas.

Sungguh aku tidak percaya sama sekali, sekujur tubuh berbalut dengan kain kapan berada betul-betul di depan aku. Hampir 1 jam kami bertentangan mata antara satu sama lain. Tanpa sebarang kata walaupun sekelumit cuma. Dan masing-masing kaku. Bau busuk sememangnya memenuhi ruang bilik air. Dengan tidak disangka-sangka pocong tu rebah ke arah aku!!! Atas aku!!!

Allahuakbar!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience