BAB 2

Horror & Thriller Completed 1802

Dalam kiraan lima, aku berlari langsung tidak menoleh ke belakang mahu pun ke atas. Sedang aku berlari, aku ternampak Tok Imam masjid berada lebih kurang 20 meter di hadapan aku. Dalam keadaan tercungap-cungap aku menjerit-jerit memanggil Tok Imam yang lagi tebal imannya.

"Langsir apa ni Zamir... Aku tak jual langsir. Kamu nak langsir, pi nun kedai mamak tu beli."

"Bukan langsir tok tapi langsuir. Saya kena kejar dengan langsuir."

Dengan begitu sepantas kilat, Tok Imam sudah pun berada 100 meter di hadapan. Larian dia lebih laju dari aku. Rupa-rupanya langsuir tu tadi, memang betul-betul di belakang aku.

Terkesima Tok Imam, sehinggakan dia tak sedar dia berlari sambil pakai kain pelikat. Aku terus sambungkan larian aku walaupun langsuir tu memang betul-betul di belakang aku.

Aku berlari sambil menjerit dalam keadaan menangis panggil nama awek aku. Memang malang nasib aku, sedang aku berlari kaki aku tersandung dan aku terjatuh. Dan lebih malang aku tersungkur dan wajahku yang kacak ini, pelepek! Tersembam ke atas tahi kerbau. Dah ala-ala Dayang Senandung muka aku hitam campur hijau.

Kini tiada lagi tangisan tetapi sumpahan je yg keluar dari mulut aku. Aku toleh ke belakang aku tengok langsuir tu terbang meninggalkan aku kesepian.

Dengan perlahan aku bangun sambil membuang tahi yang ada kat muka aku. Aku bersyukur, langsuir tu tak cekik aku. Lalu aku berjalan dengan tenang sekali.

Ssesampai sahaja aku di hadapan rumah, aku terkejut beruk mat yeh. Pantas aku menjerit nama Tuhanku,

YA ALLAHHH!! aku menjerit seperti perempuan kehilangan selipar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience