BAB 5

Other Series 2306

Beberapa kali Aiman cuba menghubungi Dhiya. Tidak pernah tidak diangkat. Ke mana menghilangnya Dhiya. Sudah sehari suntuk jarinya menekan butang telefon bimbitnya. Akhirnya...

"Assalamualaikum sayangku Dhiya. Susah sangat ker nak angkat telefon tu? Sayang pergi mana? Tak sihat ker?" terkedu Dhiya hendak menjawab.

Antara rindu cinta dan harapan keluarga Aiman. Keputusan harus dilakukan. Dhiya perlu berkorban demi hubungan keluarga buah hatinya.

"Waalaikumussalam Zar. Saya sihat. Maafkan saya yer. Boleh kita jumpa esok? Saya nak bawa awak ke satu tempat istimewa"

"Jangan lupa yer. Ajak yang lain sama."

"Ala sayang, kenapa esok? Zar rindu Dhiya ku sayang. Jumpa sekejap pun tak pe." rayu Aiman.

"Awak esok yer. Saya janji esok kita sembang panjang. Jangan lupa 8.00 pagi. Nanti Dhiya send alamat. Bye"

"Ye la..hu.hu..hu" rengek manja Aiman.

Seperti hari minggu yang lalu. Di Rumah Anak- anakk Yatim Sakinah inilah Dhiya sering menghabiskan masanya.

Pengetua rumah itu telah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. Segala luhan perasaan dikongsi dengan ibu Sakinah.

"Assalamualaikum sayangku Dhiya. Zar rindu la." Aiman tersenyum-senyum bila temannya memberi isyarat menyampah.

" Waalaikumussalam . Alhamdulillah sampai pun ingat tadi tak jadi datang."

" Kenalkan ibu Sakinah, pengetua rumah ini. Ibu kenalkan Aiman, Ben , Din , Jeff dan Adam" jelas Dhiya.

" Terima kasih semua sudi datang ke rumah kami. Maafkan ibu. Ibu ada urusan di pejabat. Dhiya layan tetamu kita yer. " ibu Sakinah meminta izin dan berlalu pergi.

" So sayang. What's up? "

"Eh Dhiya!" cepat- cepat Aiman menukar bicaranya bila Dhiya menjeling.

"Ok , Dhiya ajak datang sini nak minta cik abang semua sumbangkan sedikit tenaga dan suara bagi menceriakan lagi rumah ni. Boleh kan?"

" Ala sedekah sikit suara tu. Ceriakan adik- adik kat sini." ajak Dhiya sambil tertawa bila melihat buah hatinya berkerut dahi.

Suasana di rumah itu begitu ceria dan meriah. penuh dengan gelak tawa. Semua yang hadir ceria namun tidak pada Dhiya.

Perlahan- lahan Dhiya membawa diri ke belakang rumah itu . Tempat dia menenangkan fikiran bila masalah melanda.

"Sayang buat apa di sini. Puas Zar cari." terkejut Dhiya bila Aiman tiba-tiba muncul.

"Zar tengok Dhiya sejak kebelakangan ini macam menjauhkan diri dari Zar. Kenapa sayang?"

" Zar sudi mendengar jika Dhiya nak bercerita. Bahu Zar nie boleh sayang tumpang untuk melepaskan kesedihan. " Aiman cuba memujuk buah hatinya.

"Zar syang Dhiya tak?" Dhiya memulakan bicara walaupun berat nak luahkan namun keputusan telah dibuat.

" Lagi mau tanya ke. Zar nie siang malam rindukan Dhiya. Perasan cinta dalam nie semakin hari semakin menebal. " Aiman berbicara sambil sebelah tangan diletakkan di dadanya.

"Dhiya percaya selepas ini pasti perasaan itu akan berubah." Aiman mula mengerut dahinya bila Dhiya berkata begitu. Semakin pelik.

"Apa maksud sayang?"

"Maafkan Dhiya. Sepatutnya saya bagi tau rahsia saya pada Zar. "

Semakin pelik Aiman rasakan. Rahsia ?

"Sebenarnya Dhiya... Dhiya..." tergagap Dhiya nak menjelaskan keadaan sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience