" Sebenarnya Dhiya pernah berkahwin 3 tahun lepas. Dan Dhiya sekarang...
"What do you mean? Dhiya tipu Zar. Sampai hati Dhiya." belum habis Dhiya berbicara , Aiman memotong bicaranya.
Menitis airmatanya bila Aiman meninggikan suaranya.
"Zar tunggu Dhiya habiskan ..." belum sempat berkata Aiman terus melangkah dengan marah sekali.
Mungkin iNi pengakhiran kisah mereka. Dhiya merintih nasibnya pada ibu Sakinah. Ibu Sakinah sentiasa bersama kala suka dan duka.
"Ibu , maafkan Dhiya tidak dapat bersama dengan ibu. Dhiya mesti pergi. Dhiya mohon pada ibu jangan ceritakan kisah Dhiya pada Zar."
"Ibu jaga rumah ni ye. Segala perbelanjaan nanti Dhiya bagi macam biasa. Oh ya, nanti kunci rumah Dhiya tinggalkan pada Eryn."
" Sabar Dhiya. InshaAllah semua pasti akan beransur baik. Percaya lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."
"Entah lah ibu. Biar lah masa dan takdir yang menentukan. Dhiya malas hendak berharap lagi."
" InshaAllah malam nanti Dhiya akan balik kampung. Dalam minggu depan Dhiya akan berangkat ke luar negara."
"Ke mana Dhiya nak pergi? Boleh la ibu kirim barang."
" Nice try ibu. Maaf yer. Bila semua sudah ok, Dhiya akan bagi tau lokasi Dhiya yer. Ibu doakan Dhiya ."
"Doa ibu sentiasa bersama anak kesayangan ibu nie. Kirim salam pada mak dan abah di kampung.Jangan lupakan ibu."
"Inshaallah ibu. Dhiya sayangkan ibu." Dhiya berlalu terus meninggalkan rumah itu. Membawa sekeping hati yang terluka.
Biarpun luaran Dhiya kelihatan gembira. Namun hatinya merintih kesedihan. Tatkala Dhiya menjejak kaki ke kampung, emaknya dapat mengesan kesedihan di wajah anaknya.
" Ayu, mak rasa dah hampir 3 tahun kamu tu hidup sorang. Sampai bila nak hidup macam nie. Kamu tu bukan semakin muda lagi."
"Sebelum mak dan abah pejam mata. Nak la juga tengok kamu tu bersuami ada anak." mak Dhiya telah memulakan topik yang sering dielak.
" Mak, jika ada jodoh adalah. Mak jangan risau yer. Mak Ayu ingat nak buat kenduri arwah la."
"Abah kamu pun ada bersebut semalam. Dah alang- alang kamu pun ada . Alhamdulillah tercapai juga hajat abah kamu."
" Mak Ayu masuk dulu yer. Penat la."
Mak Dhiya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Masa dengan arwah dulu, sedihnya tidak begini. Apa agaknya masalah yang menimpa?
Baru beberapa hari sejak peristiwa di rumah anak yatim itu. Aiman mula merindui wajah manis buah hatinya. Semakin dia cuba melupakan semakin kuat rindunya.
"Zar, kenapa hari tu aku tengok kau laju jer balik?" Jeff memulakan bicara bila tengok kebisuan kawannya itu.
"A'ah la. Selepas kau blah aku tengok Dhiya menangis teresak- esak. Aku tak pernah tengok Dhiya macam tu. Masa dengan arwah dulu pun ,tak de pun macam nie teruk sedihnya." tambah Ben manakala Jeff dan yang lain mengangguk tanda setuju.
Berkerut dahi Aiman bila mendengar kata-kata temannya.
"Apa maksud kau dengan arwah dulu? Korang tau Dhiya pernah kawin? Kenal ke siapa suami Dhiya tu?"
Teman-temannya saling berpandangan. Tanda terkejut dengan pertanyaan Aiman. Pelik?
"Zar , tak kan kau tak kenal suami Dhiya.Aik macamana kau tak tau nie. Pelik betul?"
Jeff menyoal.
"Suami Dhiya dah arwah. Kau kenal lah dengan dia.Malah pernah berurus niaga lagi." tambah Jeff.
Aiman bertambah pelik. Mukanya seolah- olah tidak faham apa yang ditutur oleh temannya.
"Dari riak wajah kau nie, aku agak kau confuse. Meh aku kasi clear."
Share this novel