BAB 3

Other Series 2323

Sudah seminggu berlalu sejak keluar dari hospital. Tersenyum- senyum terkenangkan saat di hospital. Seribu satu luahan perasaan yang timbul. Masih di lokasi kegemaran mencari ilham untuk tugasan terakhir.

"Eh ! macam pernah lihat jer wajah-wajah nie? Tapi dimana ye ?"

"Alamak, ni kan jejaka kat hospital aritu." terkejut bila Dhiya meneliti maklumat yang di email pembantunya.

"Zar , tu bukan ke awek yang kena bola hari tu?"

"Tak serik lagi agaknya .Masih juga duduk dekat situ. Eh ! Zar yang kau nie tersengih- sengih dah kenapa?" Ben mula mengusik Aiman yang terkenal dengan sifat pemalu dengan kaum perempuan.

" Weh , aku pergi sana kejap yer." tutur Aiman melangkah menuju ke arah Dhiya yang leka dengan komputer ribanya.

" Assalamualaikum, cik nie Dhiya kan?" Aiman memulakan bicara.

"Waalaikumussalam, eh awak Aiman Zarift kan. Terima kasih yer bantu saya hari tu." balas Dhiya malu- malu.

"Boleh saya duduk lepak sekali. Nampak sibuk betul. Perlukan sebarang bantuan? Saya sedia berkhidmat. Aiman ketawa kecil.

"Kami pun boleh tolong juga.Hi ,Dhiya." Aiman menjeling pada temannya apabila mereka tiba-tiba menyampuk.

Peluang keemasan, dapat lah Dhiya menyudahkan tugasan akhirnya.

"Hi ,wah ni sudah bagus. Jangan menyesal nanti. Cik abang semua tak kisah ke? "

"Tak de hal la. Cakap jer. Sedia berkhidmat."balas Ben sambil memberi tabik hormat ala pegawai keselamatan.

" Alhamdulillah. Eh , duduk la. Maaf hanya beralaskan rumput beratapkan langit biru jer." Dhiya masih malu- malu bila berhadapan dengan mereka semua.

"Dhiya perlukan segala info tentang 5 jejaka hot yang menjadi sebutan gadis. Sebenarnya Dhiya malu juga nie."

"Ala jangan lah malu. Apa yang Dhiya nak tahu ?" soal Aiman.

Maka bermula la sesi suaikenal. Segala maklumat yang diperlukan doperolehi dengan mudah. Dari sesi latihan bola berubah menjadi temuramah santai. Berjam- jam juga mereka berbincang sehingga selesai.

Baru Dhiya sedari bahawa mereka semua bukan sebarangan orang. Masing- masing berasal dari keluarga berada dan punya kerjaya yang hebat.

Aiman mewarisi perniagaan keluarga dan mengusahakan perniagaan sendiri. Ben dan Din mempunyai firma guaman sendiri manakala Jeff dan Adam mempunyai klinik sendiri. Mereka bersahabat dari kecil.

Sejak dari pertemuan pertama itu, acap kali perjumpaan dilakukan. Hubungan persahabatan kini terjalin. Namun tanpa sesiapa sedari timbul bunga- bunga cinta di hati Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience