BAB 8

Other Series 2323

" Assalamualaikum mak , kak Yuya... abah bawa balik bakal imam kak Yuya" adik bongsu Dhiya brrusia 12 tahun bertutur termengah-mengah akibat berlari masuk ke rumah.

" Aiman.. isk budak nie cuba jangan berlari. Bakal imam apa pula nie Aiman?" tanya Dhiya selepas menjawab salam. Terangkat keningnya bila mendengar bakal imamnya.

"Ala kak Yuya banyak tanya pula. Tu abah dengan abang Aiman dkat depan pintu." Aiman menunjuk ke arah pintu rumah mereka.

"Banyak lah kau punya abang. Abang long kan kursus kat Langkawi." jelas Dhiya sambil melangkah ke dapur.

" Mak , Ayu pergi siapkan air. Abah bawa balik tetamu" tambah Dhiya sambil membetulkan tudungnya.

" Bakal imam? siapa pula mengaku bakal imam aku nie? Ke bakal imam masjid kut? ah lantak lah" Dhiya mengomel sendirian di dapur.

"Amboi bukan main gelak sakan mak abah kat depan." Dhiya mengeluh bila semakin deras kedengaran gelak tawa di ruang tamu rumah.mereka.

" Aiman, tolong Kak Yuya boleh? tolong hantar air ke depan." pinta Dhiya. Dia segan dan malu.

"Ala kakYuya nie. Aiman sakit perut nie. Pergi je la. Abang Aiman tu handsome" jelas Aiman sambil berlalu pergi.

" Eh..eh budak nie. Sejak bila jadi abang dia tah? "

Dalam terpaksa Dhiya terpaksa juga membawa hidangan ke ruang tamu.

"Mak ,Abah jemput la tetamu abah tu minum. Ayu dah siapkan." jelas Dhiya. Namun dia tetap tidak dapat melihat siapa tetamu abahnya. Hanya belakang tubuhnya sahaja.

" Mari lah Zarift , si Ayu dah siapkan minum petang tu." ajak Pak Mail abah Dhiya. Seorang guru pencen.

" Baik la abah."

Bukan main orang nie siap panggil abah aku abah. Tapi kenapa suara tu macam pernah aku dengar. Hatinya tertanya-tanya.

Sebaik sahaja Aiman Zarift memusing tubuhnya ke belakang mengekori abah Dhiya. Dhiya terkejut dan menekup mulutnya. Patut lah adiknya memanggil abang Aiman.

" Hai , Dhiya ku sayang." tegur Aiman sambil mengenyit mata.

" Zar, macam mana ada kat sini?" tanya Dhiya sambil memandang ke arah kedua ibubapanya yang sedari tadi menguntumkan senyuman yang lebar.

" Abah yang bawa buah hati kamu nie balik. Tadi jumpa di masjid" tersenyum Pak Mail bila melihat muka anak nya berubah rona warna.

Aiman Zarift bersyukur bila tempat yang dituju tepat sekali. Bertambah bersyukur bila orang yang ditemui petang tadi abah buah hatinya.

" Assalamualaikum, anak nie orang baru ke kat sini.Pakcik tidak pernah tengok pun sebelum nie." tanya Pak Mail bila melihat seorang pemuda yang bersandar di tiang seri masjid itu.

"Waalaikumussalam, saya Aiman zarift. Saya bukan orang sini. Saya datang sini nak cari bakal isteri saya. " jelas Aiman sambil menghulur sekeping kertas bertulis alamat.

Terkejut Pak Mail bila melihat kertas itu.

" Siapa bakal isteri kamu tu?"

" Sebenarnya pakcik , ada salah faham yang berlaku antara kami. Dan saya nak minta maaf. Saya rindu sangat dengannya."

"Pemilik hati saya itu Ayu Dhiyatul Husna . Pakcik kenal ke?" tanya Aiman.

Tersengih-sengih Pak Mail bila mendengar nama anaknya disebut.

" Patut la, budak tu asyik termenung aja."

"Budak mana pakcik?" berkerut dahinya.

" Isk budak nie. Si Dhiya tu anak perempuan pakcik. Dah jom ikut abah balik." jelas Pak Mail.

Terkejut Aiman bila pakcik didepannya itu. Membahasakan dirinya abah. Alhamdulillah ini tanda positif.

Aiman tersenyum bila teringat kejadian petang tadi.

" Ha kamu nie Ayu dok cegat situ buat apa. Dah jom tolong mak siapkan makan malam. Kejap lagi kamu kemaskan bilik tamu itu. " pinta maknya.

" Takkan tidur sini pula?" omelnya sambil mengikut arahan makNya.

Ketika berada di dalam bilik tidur Dhiya. Dhiya memendam perasaan geram. Apabila mak dan abahnya melayan Aiman dengan mesra sekali ketika menjamu makan malam itu.

Kini Dhiya semakin hampir dengan Aiman. Hanya dipisahkan dengan dinding bilik saja.

Tiba-tiba telefon bimbit miliknya berbunyi. Menandakan mesej masuk.

# Dhiyaku sayang .Masih marahkan Zar? Zar rindukan sayang. ~ Aiman

#sayang , Zar minta maaf. Zar salah.~ Aiman

#Sayang , dah tido ke.. Abang rindukan sayang ~ Aiman.

Dhiya tersenyum bila Aiman membahasakan dirinya Abang. Semakin dia menjauhkan diri semakin dalam cintanya.

# Abang, Dhiya dah maafkan abang. Dhiya pun rindukan abang~ Dhiya

Sebaik sahaja butang send ditekan tiba- tiba telefon bergegar. terkejut diBuatnya.

"Sayang, maaf abang excited bila panggil abang."

"Abang rindu sangat-sangat dengan sayang."

"Sayang jom kita kawin."

Bertubi- tubi bicara Aiman. Terkejut dhiya bila Aiman mengajaknya kawin.

" Abang , sekarang dah tengah malam . Esok la kita bincang. Dhiya penat ni." Dhiya cuba mengelak dari diasak dengan pelbagai kata- kata manis dari Aiman.

" Tapi sayang tak jawab lagi"

" Sayang sudi tak menjadi makmum abang. Sudi tak sayang memegang tangan abang untuk sama -sama melangkah ke jannah."

Berona merah pipi Dhiya. Sungguh hatinya kini melonjak kegembiraan. Ini yang diimpikan selama ini.

" jika abang sudi menjadi imam .Dhiya sudi memegang erat tangan abang."

" Yahoo.... yes abang cintakan sayang." Dhiya terkejut bila mendengar jeritan Aiman yang jelas kedengaran di bilik sebelah. Ditambah kedengaran ketawa dari bilik mak abahnya yang bertentangang dengannya.
Malunya.

"Abang... dah malam la. sudah esok sambung. Now tidur. Bye."

" Sorry sayang. Excited nie.. Bye.. I love You." kedengaran ketawa kecil.

Dhiya bahgia saat ini. semoga bahagia milik mereka . Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience