BAB 7

Other Series 2323

"Arwah pernah jadi pesakit aku dan juga client si Din tu. Arwah pernah cerita pada kami betapa dia risau mencari calon untuk mewarisi segala hartanya. memandangkan dia anak yatim."

"Jadi kami bantu arwah dalam pencariannya. Arwah menyamar menjadi pengis yang sakit. Seminggu juga lah tiada siapa yang peduli. Sampai satu hari ada seorang perempuan datang hulurkan bantuan.."

"Kau tau bantuan apa yang dia bagi?" Aiman menggeleng bila Jeff menyoalnya.

" Perempuan tu bawa arwah balik ke rumah mak dan abah dia. Siap rawat arwah. Siapa pun tak tau siapa arwah sebenarnya.Arwah jumpa apa yang dicari."

" Arwah melamar dan berkahwin. Isteri arwah masih tak dapat hidu rahsia arwah."

"Sampai lah satu tahap penyakit arwah semakin kronik dan menghembus nafas. Terkejut juga isteri arwah bila diberitahu amanat arwah."

"Setahun juga la baru isteri arwah terima amanat tu. Dan perempuan tu adalah Ayu Dhiyatul Husna . Rumah anak yatim haritu, milik Dhiya. Dibina setahun lepas arwah pergi."

"Syarikat arwah kini semakin maju setelah diterajui Dhiya."

" Dan arwah adalah kawan rapat kita. Mungkin kau tak ingat ye lah. Kau kan stay kat London 3 tahun lepas..."

Tiba-tiba Aiman menyampuk...

"Arwah jutawan muda Adam Kamil Bin Tan Sri Adam Khalil. Family arwah maut dalam kemalangan dan arwah meninggal akibat kanser hati tahap 4."

"Ya Allah. Macamana aku boleh lupakan arwah? Tapi Tapi kenapa Dhiya tak kenal korang dulu? " soal Aiman.

"Memang la sebab kami berurusan dengan wakil keluarga Dhiya . Aku ingat kau betul- betul kenal Dhiya. Dhiya cintakan kau Zar." balas Ben.

"Allah. Aku dah melakukan dosa. Aku berdosa pada Dhiya. Aku tuduh macam- macam . Aku tak bagi peluang untuk dia jelaskan." Aiman melutut sambil mengelap airmata yang menitis.

Tanpa membuang masa Aiman terus berlari. meluru ke kereta dan menuju tempat yang dia yakin Dhiya berada..

" Zar... nanti dulu. Kau nak ke mana tu? La dia nikan tak menyempat kita nak bagi info nie." rungut Din.

"Biar la nanti datang balik tu. Kita je yang tahu lokasi Dhiya. Menyusahkan betul si Zar nie." samput Jeff smbil ketawa.

Aiman sampai di rumah ibu Sakinah. Namun dia hampa.

"Ibu tolong saya. Saya rindukan Dhiya. Cintakan Dhiya. Bagitau kat mana Dhiya?" rayu Aiman.

"Maafkan ibu. Ibu tak tahu Dhiya pergi mana. Yang pasti minggu depan Dhiya akan berhijrah ke luarnegara."

" Oh ya cuba cari Dhiya dekat kampung halamannya. Mungkin dia ada di sana." jelas ibu Sakinah.

" Maafkan ibu. itu sja yang dapat ibu bantu. Dhiya sayangkan kamu. Ibu doakan kebahgiaan milik kaMu berdua."

"Amin... Alhamdulillah itu pun cukup bagi saya ibu. Terima kasih." tanpa berlengah Aiman terus melangkah keluar dari rumah itu.

Sambil memandu baru dia teringatkan alamat kampung halaman Dhiya. Baru dia sedar tidak banyak yang dia ketahui tentang Dhiya.

"Argh.. Kenapa lah aku nie bodoh sangat? Tak sedar semua ni. Dhiya ku sayang abang rindu?Rindukah Dhiya pada Abang?"

"Jeff! Din! Aduh kenapa aku tak fikir dari tadi?" Aiman memandu laju terus ke tempat temannya tadi.

Sebaik saja tiba , temannya tersengih- sengih.

"Kau tu yang tak menyempat-nyempat. Tau la rindukan buah hati."

"Nah alamat kampung Dhiya. Good luck. Oh ya, minggu depan Dhiya akan ke oversea. Baik kau cepat." tambah Ben.

"Guys thanks alot. Aku berharap sangat aku sempat. Aku rindu kan Dhiya. I love her. Thanks ." ucap Aiman sambil memeluk teman-temannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience