BAB 4

Other Series 2323

" Assalamualaikum Cik Dhiya."

" Boleh ikut saya sebentar. Dato Amir hendak berjumpa dengan cik." terkejut Dhiya bila dipinta untuk bertemu dengan seseorang. Pemuda itu lagaknya seperti seorang pemandu.

Dhiya menjawab salam dengan perasaan ragu-ragu. Tidak pernah dia berurusan dengan mana- mana Dato sebelum ini.

Dengan langkah yang berat, Dhiya akur mengikut pemuda itu. Pintu kereta mewah itu dibuka. Terkejut bila melihat wajah bengis lelaki berusia lingkungan 50 an.

"Assalamualaikum dato. Maafkan saya. Ada apa yer Dato nak jumpa saya. Seingat saya tidak pernah lagi berurusan dengan mana- mana Dato." Dhiya bertutur dengan berhati- hati.

"Memang kita tidak pernah berurusan. Tapi urusan peribadi cik Dhiya melibatkan maruah keluarga saya." keras nada yang dilontarkan.

Semakin pelik Dhiya dibuatnya. Urusan peribadi apa pula ni. Tidak mungkin ada yang mengetahui kisahnya 2 tahun lalu.

"Maksud Dato. Saya tidak faham. Baik terus terang saja, mungkin saya boleh bantu."

"Sekarang awak berkawan rapat dengan anak tunggal saya. Saya tidak mahu ada apa- apa hubungan antara kamu. Ini melibatkan maruah keluarga." semakin kasar bahasa yang digunakan.

"Saya nak awak jauhkan diri dari dari anak saya. Sejak dia kenal awak. semua arahan saya dia ingkar."

"Saya ada menantu pilihan saya sendiri. Anak Tan Sri." terkedu Dhiya mendengarnya. Siapa pula yang Dato ni maksudkan.

"Siapa yang Dato maksudkan. Saya tak faham."

" Anak lelaki tunggal saya. Pewaris harta keluarga kami. Dia tolak pilihan saya. Dia pilih kamu. Saya tidak izin. Faham!"

"Siapa anak Dato? Aiman Zarift?" semakin tidak sedap hati . Perasaan sebak mula menjelma.

"Ya Aiman Zarift. Harap kamu faham maksud saya.." tidak sempat Dato berbicara Dhiya memotong.

"Saya faham Dato. Saya pergi dulu. Maafkan saya jika menyusahkan Dato sekeluarga.. Assalamualaikum". Dato Amir tersenyum tatkala Dhiya memulakan langkah .

Dhiya melangkah tanpa menoleh kebelakang. Empangan airmatanya sedari tadi mula pecah.
Terimbas sekali luahan hati Aiman Zarift padanya.

"Dhiya, saya sebenarnya dah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali berjumpa. Semakin saya nak elak jumpa awak semakin kuat perasaan itu."

"Setiap kali perjumpaan kita dengan yang lain, sakit di sini. Semakin kuat bila awak bergurau mesra dengan mereka."Aiman meletakkan tangannya di dada. Berubah ruak wajahnya.

Adakah ini ilusi atau kenyataan. Dhiya tidak menyangka Aiman juga punya rasa sepertinya. Dhiya mengunci rapat rahsia hatinya, takut bertepuk sebelah tangan.

"Saya..Saya.. pun suka dekat awak Encik Aiman Zarift." perlahan tuturnya namun masih boleh didengari oleh Aiman.

"Yes! Alhamdulillah memang tepat jangkaan saya. Thanks sayang." semakin memerah muka Dhiya menahan malu.

"Jika Diizin olehNya, saya ingin membina mahligai dan membawa Dhiya ke jannah dengan ikatan yang halal dan suci".

Namun itu mungkin akn hanya jadi angan-angannya sahaja.Bagaimana harus dia hadapi dugaan ini.

"Hello Eryn. I dah settle last job . As usual, please sudmit to them then payment you take half."

"And one more thing, I will off for a while. Jangan bagi tau sesiapa yer. Apa-apa nanti I update.. love you." mungkin ini takdirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience