BAB 7

Humor Completed 20161

“Kau agak-agak la weh dulu adik aku tu masih sekolah lagi la. Kau agak-agak la nak ajak dia nikah. Dia nak jugak merasa kebebasan hidup alam kampus. Sekarang ni dia dah habis belajar boleh la aku bagi izin.”

Yazid mengaru kepala ye tak ye jugakkan. Tak sangka aku gatal jugak eh. Budak baru 17 tahun aku dah ajak nikah kalau aku pun aku tak bagi.

Sekarang ni dah umur 24 tahun boleh la ajak nikah. Heheheh

“Weh aku tak sabar la nak kawin dengan Cantik. Malam ni jugak aku nak suh mak aku masuk minang.”

“Adeh” Yazid mengosok kepala nya. Sengal. Akibat dari ketukan Syamil.

“Sebelum tu kau tanya la Cantik dulu. Nanti tak pasal-pasal dia tolak kau jugak yang malu. Aku memang la setuju kalau dah dia tak nak aku tak boleh buat apa dah.”nasihat Syamil. Soal jodoh adiknya dia lebih suka kalau Cantik sendiri yang tetap kan dia hanya mampu menyokong mana yang patut je. Sebab hidup Cantik hanya Cantik sahaja yang boleh tentukan.

@@@@@

Yazid melangkah masuk bilik Cantik . Dia baring diatas katil Cantik. Ah tak sabarnya nak peluk Cantik bila dia dah sah jadi milik aku. Yazid ketawa kecil.

Power juga penangan wanita bernama Cantik ni, sesuai dengan namanya yang cantik rupawan, peramah, baik hati, bijak walau adakalanya goofy.

Tangannya terpegang sesuatu dibawah bantal.

“Pari-pari cinta la”ujarnya teruja. Pari-pari cinta tu adalah dairi milik Cantik. Nama khas dairinya. Terpampang besar nama itu dimuka hadapan.

Dulu dia ada jugak nak curi baca tapi sempat dirampas balik oleh Cantik. Itu sebab dia tahu nama dairi milik Cantik. Berdebar-debar Yazid dia sudah pun duduk menegak. Kiri dan kanan di toleh bagi memastikan tiada siapa tika itu.

Helaian pertama dibuka.

‘Selamat datang ke pari-pari cintaku’ Yazid tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience