BAB 8

Humor Completed 20161

Cantik menghempaskan beg nya diatas meja. Sempat lagi abang Yazid bulinya sebelum pulang. Elok la tu. Buat semak je dekat rumah ni. Asyik nak buli orang je. Entah apalah dosa aku dekat dia ni. Cantik mengeluh sebelum mengukir senyuman.

Yes…..!!!! jerit hatinya kuat. Dengan pantas radio dipasang kuat sebelum berjoget-joget diatas katil. Sebelum dia jatuh terduduk. Pingul digosok. Cantik terkejut apabilamelihat benda yang menyebabkan dia jatuh terduduk.

“Pari-pari ku!!!!” jerit Cantik. Ingatkan apa benda lah yang dia pijak keras sangat bila bila berpaling terus dia terjatuh.

Dairi dipeluk erat-erat.

“Maafkan saya pari-pari. Mesti awak sakit kan. Saya pun sakit jugak.”dairi tersebut dicium-cium bertalu. Sekeping gambar terjatuh dalam buku tersebut.

Cantik tersenyum melihat potret tersebut.

“Pari-pari sampaikan isi hati cinta ku ada empunya badan ni” terkekeh-kekeh Cantik ketawa. Kelakar dengan perangainya kali ini. Dah macam orang tak betul dah.

Gambar tersebut disimpan kembali kedalam buku. Jap… ada sesuatu yang pelik. Terbuntang mata Cantik melihat contengan dibelakang gambar miliknya…

“Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Cantik.

@@@@@

“Cik cantik yang macam ribut taufan yang kelam kabut., Awak dah kantoi dengan saya. Gotcha!!

Sang Pari-pari cinta awak dah sampaikan salam cintanya pada saya. Selepas puas berfikir selama 7 hari 7 malam, akhirnya patik terpaksalah menerima cinta cik Cantik, takut nanti kalau ditolak, cik Cantik gila bayang. Maklumlah orang hensem dan baik hati macam saya ni susah nak jumpa.

Selama ni saya ingatkan saya bertepuk sebelah tangan, sebab asyik tepuk-tepuk tak berbunyi, sikit lagi saya nak putus asa. Mujur cik Cantik cepat, kalau tak saya dah nekad nak pikat si Bedah anak bidan kampung.

Apapun jumpa nikah nanti, tak payah nak melaram lawa sangat, sebab awak dah cantik, hati awak pun cantik, sebab tu saya gila bayang juga. Adios!’’

‘’Sengal! Nak kena! Terpaksa eh? Padahal dia yang terhegeh-hegeh, kena tinggal di pelamin baru tahu, ada yang nangis tak berlagu nanti!’’ bisik hati Cinta sambil melemparkan gelak tawa tanda gembira.

Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience