BAB 3

Humor Completed 20161

Cantik menarik kerusi di meja makan. Aroma nasi lemak betul-betul menarikkan selera nya.

Tepat pilihannya untuk duduk dekat rumah abang Syamil seminggu. Air milo dituang ke dalam glass.

Milo yan ditambah gula dan susu kaw gila. Dia tersenyum.

“Selamat pagi my prinsess amacam sedap tak milo tu? Khas untuk cik ribut kita ni” sapa satu suara.

Tersembur air yang Cantik minum. Mamat ni tidur dekat sini ke. Ini yang malas ni. Dia memandang Yazid dari atas hingga bawah. Memakai t-shirt dan seluar track dan apron.

“Bila masa pulak along ada orang gaji ni?” sinis Cantik . Kelakar pun ada jugak nampak jambu la abang Yazid pakai apron. You look so cute. Heheheh.

“Amboi bisanya mulut” Yazid menarik kerusi dihadapan Cantik .

“Dengan abang Yazid mana boleh berlembut.” Bela nya. Nak buat baik dengan ni susah jugak. Itu pun belum tentu dia nak buat baik dengan orang.

“Abang Mil mana?” soal Cantik . Dari tadi dia tak nampak kelibat along nya. matanya jatuh kearah Yazid. Melihat Yazid tersenyum membuatkan dia takut. Perlahan-lahan Yazid mendekatkan badannya.

“Abang Mil tak ada abang Yazid ada” Yazid tersenyum. Cantik yang melihat senyuman Yazid sudah gelabah. Seram.

“Abang Yazid buat apa? Buat semak je?” Cantik cuba berlagak selamba.

“Tak ada siapa yang akan kacau kita berdua hari ni..huhuhu” Yazid ketawa seram. Cantik dah menelan air liur. Wajah Yazid sudah semakin hampir dengan nya. Berpeluh-peluh dahi Cantik melihat Yazid.

Seketika kedengaran kuat bunyi ketawa Yazid.

“Cantik mandi hujan ke? Mencurah-curah air keluar” perlinya. Suka betul dia mengenakan Cantik .

“Abang Yazid ni memang la” Cantik menarik muncung. Suka betul buli aku..

“Dah jom makan, Syamil ada dekat atas kejap lagi dia turun” Yazid menghulurkan nasi lemak kepada Cantik dengan sisa tawa yabg masih ada.

Cantik memandang nasi lemak tersebut. Lama.

“Abang tak letak julap kan?”soalnya selepas puas membelek nasi tersebut.

“Asal nak ke?” pantas Cantik mengeleng laju kepala. Mati aku kalau dia betul-betul letak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience