BAB 4

Humor Completed 20161

Cantik menghentak keras kaki nya tanda protes.

“Abang Zid duduk sini, Cantik nak jumpa kawan. Ingat duduk sini jangan nak masuk campur lepas habis nanti Cantik janji akan teman abang pergi jalan-jalan. Ingat jangan masuk campur.” Pesan Cantik berulang kali.

Yazid ni bukan boleh percaya sangat. Nanti tak pasal-pasal tengah syok-syok bincang dia duduk sebelah. Melihat wajah Yazid yang mengangguk membuatkan Cantik menarik nafas lega.

Cantik mengambil tempat tidak jauh dari Yazid. Kek tiramisu menjadi pilihan sambil menunggu seseorang. Sesekali dia memandang kearah Yazid yang sedang leka menjamu selera di secret recipe. dia dia menunjukkan isyarat senyap kepada Yazid.

Yazid memandang Cantik dari jauh. Dia ketawa kecil. Kelakar dengan tingkah Cantik . Apa dia ingat aku ni adik dia ke? Tak apalah Cantik aku pun teringin nak tengok dengan siapa kau nak jumpa. Beriya-iya datang johor seminggu. Berubah air muka Yazid apabila melihat seorang lelaki mengambil tempat dihadapan Cantik .

Pakwe dia ke kawan dia? Persoalan itu bermain dibenaknya.

Air yang dipesan diminum rakus. Sakit hatinya melihat merpati sejoli didepannya. Sampai tergelak-gelak bagai..

Pap..Dia terkejut apabila melihat Cantik sudah pun menampar pipi lelaki tersebut.

@@@

“Kau gila ke?” marah Wafi. Muka Cantik sudah merah menyala.

“Selurus-lurus aku pun aku tak buat benda terkutuk tu la”

Bushh!!! Sekali lagi segelas air mendarat dimuka wafi. Wafi memandang tajam muka Cantik sebelum menaikkan tangan nya. Cantik sudah pun menutup mata. Dia tahu dia tak akan dapat nak mengelak.

Terkejut dia apabila membuka mata kelihatan Yazid sudah pun menahan tangan Wafi. Kelihatan wajah bengis Yazid.

“Tak macho la pukul perempuan. Kalau tak puas hati buat macam ni” sebaik sahaja habis berkata-kata Yazid menyimpah air kosong kearah muka Cantik. Tergamang Cantik .

“Puas hati?? Dah jom balik” Yazid menarik Cantik mengikutinya. Dengan keadaan yang masih blur Cantik menurut.

Apa kene ni? Apa yang terjadi? Pasal apa aku pun kena sekali? Ish confius-confius. Cantik bermain dengan cuping telinga nya. Habit bila dia confius.

“Siapa dia tu?” langkah Yazid terhenti. Dia memandang tajam kearah Cantik . Menanti dengan sabar jawapan dari mulut mungkil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience